July 15, 2012

~warkah cinderella 100~ !!Jenis-Jenis Cinta!!



Assalammualaikum w.b.t..


Salam sayang dari saya..Entry yang ke-100 tiba jua..Blog tempat meluahkan rasa dan berkongsi cerita suka dan duka.. =)


Entry yang ke-100 setelah 3 tahun berblogging..ish3..malas sungguh! =)


Entry yang ke-100 ni nak summarize semua kisah cinta yang pernah hadir dalam hidup saya..eceh! jiwang konon..hahaha..nak menguji bakat terpendam melalui penulisan..cewah =)


#1 Cinta Zaman Sekolah


Cinta zaman sekolah adalah cinta monyet kata mereka..Bagi saya cinta zaman sekolah adalah hadirnya perasaan suka buat pertama kalinya..Semua mesti tertanya-tanya saya pernah jatuh cinta waktu sekolah dulu? Jawapannya ya..Saya jatuh cinta dgn si dia yang bernama AA..Tapi saya tidak pernah menyatakan rasa cinta itu pada dia..Saya hanya memandang insan yang saya cintai dari jauh sahaja..Rasa cinta yang hadir dipendam dalam sudut hati yang paling dalam..Sekadar memandang wajahnya sahaja dapat membuatkan diri terasa di awang-awangan..cewah!




#2 Cinta Zaman Universiti


Mama selalu pesan, kalau masuk U baru boleh bercinta..Saya mengaplikasikan pesanan mama..Saya mengenali apa itu cinta sewaktu di Kolej Matrikulasi Melaka..Bermula salam perkenalan dan berkawan selama setahun maka terwujudlah rasa cinta yang mendalam menyebabkan saya bersetuju menjadi kekasih FT..Rasa cinta yang dipinjamkan itu hanya bertahan selama setahun sahaja..Terima kasih buat FT yang sudi menerima saya yang comot pada ketika itu dan memberi saya peluang merasai apa itu cinta..Cinta zaman remaja penuh pancaroba..Saya tidak cukup kuat untuk menempuhi cinta zaman remaja..Tapi dengan sebaris kata mampu membuatkan saya menjadi diri saya sekarang..Mampu menjadi seorang yang tabah, sabar dan terus kuat dan bersemangat menempuh hari-hari yang mendatang..Terima kasih FT dengan kata-kata awak yang menjadikan diri saya seperti hari ini =) Kata-kata yang indah itu saya kongsikan bersama semua "TIME HEALS EVERYTHING" but the memory remains and take it as a lessons..


#3 Cinta Zaman Cyber (tagged)




Bagi sesiapa yang lahir dalam arena 80-an pasti akan terjebak dengan dunia cyber..Saya tidak ketinggalan juga dengan cinta cyber..eceh! Hati saya berjaya dicuri oleh si dia dr seberang sana..OSG seorang yang sangat menghiburkan hati..Teman diwaktu duka..Tapi sayang tiada jodoh kami bersama..Menjadi pilihan kedua atau tidak dipilih untuk menjadi yang pertama sangat mengecewakan..Tapi semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..Saya bahagia melihat awak bahagia =)

#4 Cinta Muka Buku 

Cinta muku buku pon seronok..Bermula dari poke sampai la ke private message..Boleh berkenalan? Sampailah kepada rasa suka dan cinta..Kemudian ditinggalkan..MAR ni kawan kepada ex-bf lama..Macam cinta dengan spy pon ye jugak =) takpe awak..awak baik sangat dan saya doakan awak dengan orang yang baik-baik juga =)


#5 Cinta Zaman Bekerja




Cinta zaman bekerja adalah percintaan menggunakan email pejabat untuk meluahkan rasa dan mengorat =) Saya berpeluang merasai pengalaman bercinta menggunakan email pejabat..Awak dah makan ke? Awak jangan layan sangat lelaki tu.. Awak tadi lunch makan apa? Kenapa hari ni muka awak garang? Kenapa hari ni awak tak senyum pun kat saya.. Itu adalah dialog-dialog yang biasa akan diterima melalui email.. Tapi bila bercinta dengan lelaki yang terlalu "abang" maka saya yang agak kanak-kanak dan blur ni gagal mengikut rentak dia..Terima kasih abang MM..Awak kena cari kakak-kakak la saya rasa =)


#6 Cinta Satu Permainan Betting 




Cinta Satu Permainan Betting bunyi macam menarik kan =) Realitinya menyakitkan =) Bertuah lelaki ni..Nama dia MA..Dia ni mula-mula nak berkenalan minta kawan tolong adjustkan..Buat saya jatuh cinta kemudian cinta yang diberi diperjudikan..Demi RM100 + ice cream tutti fruity awak berjaya menghancurkan hati saya =) terima kasih awak..awak memang baik hati sangat =) kalau niat awak nak perjudikan cinta kenapa pilih saya? ye saya memang sentiasa gagal dalam bercinta dan perkataan terbaik adalah saya tak tahu bercinta =) Tapi hati saya bukan barang mainan awak..Tapi saya nak ucap juga terima kasih sebab awak banyak mengajar saya menjadi seorang yang sabar, tabah dan kuat =) Mesej yang awak hantar kat saya tu buat saya jadi speechless =) Hati saya terkejut sangat awak..Persahabatan yang terjalin selama 10 bulan 20 hari (14 julai 2012) terasa seperti...............................

Menarik juga pengalaman-pengalaman cinta yang pernah dilalui sehingga berumur 24 tahun =) Dari pengalaman-pengalaman cinta ini telah membawa jiwa dan hati saya ke arah percintaan yang lebih beerti iaitu :

#CINTA YANG ABADI

Cinta kepada ALLAH S.W.T yang sentiasa membawa ketenangan, kesabaran dan kekuatan hati yang tidak terhingga..Semakin saya gagal bercinta semakin dekat saya dengan ALLAH S.W.T. Terima kasih YA ALLAH kerana memberi peluang merasai apa itu cinta dan memberi peluang merasai nikmat cinta pada yang hakiki..Semakin CINTA dengan ALLAH semakin indah kehidupan yang dilalui..Saya belajar apa itu redha, apa itu tawakal, apa itu sabar, apa itu syukur dan yang paling penting saya belajar APA ITU CINTA SEJATI..


June 23, 2012

~warkah cinderella 99~ !!falsafah hidup!!


Dear Mr B yang dikasihi.

Assalammualaikum dan salam sejahtera =)

Hari ni hari sabtu 23 jun 2012..Sekarang jam di meja study menunjukkan pukul 4.05a.m..Semangat study falsafah kononnya..Minggu depan 26 Jun 2012 bersamaan hari selasa ada exam falsafah..Dah beberapa hari mengadap buku falsafah..Dulu saya tak rajin belajar macam sekarang ni..Malam tadi waktu sungguh-sungguh study falsafah, tiba-tiba jantung saya berdegup kencang..Terasa sungguh berdebar-debar sewaktu study falsafah..Rase nervous tu sama macam rasa nervous nak presentation or nak mula perlawanan sukan dulu-dulu..Nervous sampai tahap nak muntah..Pastu rumate saya macam risau..Best thing ialah rumate saya siap bagi doa untuk hilang gemuruh..terharu sangat...Lepas rasa nervous hilang terus rumate saya ingatkan untuk siapkan laporan sempena program seminar hari tu..naseb da siap dan da send kat pengarah program..ngeh3..

Hari ni jugak saya macam homesick sangat-sangat..Rasa nak balik rumah je..tapi memandangkan paper owh sangat la berjiran kan so tak jadi balik rumah..tapi sedih sangat dasyat...Dulu time belajar kt usm tiap-tiap kali study week mesti balik..tapi kat sini lain..study week pon masih busy siapkan report-report..sungguh dasyat..Kenapa la hati ni saat-saat ni jugak nak homesick kan.ish3..*geleng-geleng kepala*

Selain tu saya wat jugak la keje-keje mengarut seperti mengedit gamba..setelah sekian lama meninggalkan dunia editing nih..Ni la hasilnya...jeng..jeng..jeng...


hasil editing yang tak seberapa. *warna pink tuuu*

Hari ni jugak saya rindu kat dia..ye dia..dia tu Mr Handsome tuuu..Saya tak tahu kenapa, walaupun dah gaduh dasyat-dasyat pun saya boleh suka kat dia lagi..ish3..*geleng-geleng kepala*.. Mr handsome oh Mr handsome, awak ada jampi apa-apa ke kat saya sampai saya tak boleh lupa kat awak ni?? Walaupun awak jual mahal sangat dengan saya kan mr handsome, saya tetap gembira sebab awak tetap je melayan saya yang gila-gila ni..walaupun saya tak boleh nak baca isi hati awak mr handsome saya tetap doa agar Allah lembutkan hati awak untuk terima saya...eceh!! fefeeling ombak rindu pulak~

Eh saya rasa saya macam nak tulis......... 

10 Things That I love About YOU!!

hahaha..tapi bukan hari ni la..saya akan tulis bila awak betul-betul ditakdirkan berjodohan dengan saya =)

eh..tajuk cam tak kena pulak dengan story line ni kan?? ngeh3...


Falsafah hidup saya

 "I'm only me and that's all I can be..No more no less don't second guess..You may not like me but that's okay because this is me and how I will stay"

Setiap orang ada hak masing-masing untuk suka atau tidak suka pada seseorang itu..Dalam hidup ini, tak semua orang akan suka dengan kita tapi Allah S.W.T menyuruh kita menyayangi sesama manusia. Oleh itu, buangkan rasa tinggi diri dan tanamlah sikap penyayang dan pemaaf dalam diri agar kita terus menyayangi dan memaafkan insan-insan disekeliling kita. Dan kita sebagai manusia haruslah belajar berusaha menerima setiap kekurangan dan kelebihan insan lain di sekeliling kita..

Ulasan ringkas dari dealove shafrina..continue study falsafah..ganbatte ne!! 


with love,  

June 2, 2012

~warkah cinderella 98~ !!diri saya,hidup saya!!

Dear Mr B..
Sebulan tak deting...rindu sangat =)

Sekarang da masuk bulan Jun..Genap sebulan saya tak menulis di sini..Disebabkan kesibukan melampau dengan proposal dan report dan terlalu banyak menaip membuat kan saya kurang rase untuk menulis =) hehe..
Hari ni saya mencuri masa untuk mencoretkan kisah terindah di awal jun dan cerita sedih??? oppsss..
Saya nak cerita kisah2 yang indah dulu =)

Hari ni 2 Jun 2012..


  1. Ulangtahun kelahiran mama yang tercinta..Mama, selamat hari lahir..Tiada apa yang dapat kak lang bagi selain dari ucapan dan doa buat mama...Kak lang doakan mama panjang umur dan sihat sentiasa..i love you so much mama..
  2. Selamat bertunang buat zara aina zawawi..Kawan dan sepupu yang sama-sama membesar..Tahniah sayang..Saya doakan awak berbahagia selamanya..Banyak kenangan sewaktu kecik dikongsi bersama..Kisah-kisah kegagalan bercinta..Akhirnya awak da bertemu dgn jodoh awak..saya gembira bila tgk muka awak sgt happy td..tak sangka kan kita da meningkat dewasa..hehe..awak sgt cantik td..saya xsaba nk g wedding awk next year =) terharu bila awk ckp awk doakan utk sy pulak =')
  3. saya rindu mr happy n mr b..ngeh3
Semalam 1 Jun 2012..

  1. Tahniah buat noor aizan md saad yang telah bertunang semalam..saya mintak maaf sebab tak dapat  menghadirkan diri..kawan yang selalu mendengar masalah saya dan melihat saya menangis da tunang..one of my best friend ever dan da macam keluarga saya da makcik nih..sy doakan dia adalah yang terbaik buat awak..lepas ni saya nak nangis2 n ngadu dgn sape pulak?? hehe..
Esok 3 Jun 2012..

Dear nor amyra hashim..saya mintak maaf ye awak..saya xdapat menghadirkan diri esok..selamat bertunang ye cik amyra..saya minta maaf sbb xdpt nak pegi majlis awak..saya da plan 6 bulan lepas kan nak g jln kuantan..tp...saya mintak maaf ye awak..saya kena balik batu pahat..huuuu..sorry sangat2..saya doakan awak bahagia selamanya dgn mr teddy =)

May 2012

Permulaan may yang indah dan ditutupi dgn kesedihan..Tapi jun yang hadir bermula dgn kisah2 yang indah..

End of May 2012

24 May 2012 - Mr Ensem datang kembali mencari saya..Rasa yang hilang itu muncul kembali..

25 May 2012 - Tapi sayang, Mr ensem buat saya buang semua rasa yang hadir itu..Awak suka cari gaduh dengan saya kan mr ensem..saya rasa saya ni macam tempat awak nak marah je kot..Kita memang xley nak baik-baik agaknya..Terima kasih cakap saya macam-macam mr ensem..Awak belum cukup kenal saya lagi..Awak xpernah pon jumpa saya dan cakap dengan saya lagi secara bersemuka..awak xkenal saya..tp awk tetap dengan cara awak..awak judge saya macam2..bila saya explain awak ckp tu semua alasan saya..awak tak pernah rasa hidup menjadi diri saya..saya tak cukup tabah untuk terus berkawan dengan awak mr ensem..dan terima kasih kerana mengecewakan saya dengan sikap awak..awak tak pernah matang mr ensem..teruskan kehidupan awak dan jangan pernah hadir dalam hidup saya lagi..hati saya tak cukup tabah nak terima semua kritikan awak..Semoga awak bertemu dengan insan yang sangat tabah untuk melayan awak mr ensem..

27 May 2012 - Setelah bersedih dengan perangai mr ensem muncul lagi seorang yang menyakitkan hati saya..mr memey (bukan nama sebenar)..terima kasih di atas kata-kata nasihat awak yang bersungguh-sungguh suruh saya berubah..untuk pengetahuan awak, saya paling tak suka orang yang suka put blame on others..cara kita berfikir tak sama mr memey..dari cara awak cakap sebenarnya awak marah mr uc(bukan nama sebenar) tak siapkan kerja yang awak bayar tu..tapi untuk menutup silap mr uc awak letakkan salah tu kat saya sebab saya tak nak tolong mr uc untuk uruskan hal kelas kan..ye saya tak cukup profesional kan..saya bagi alasan setiap kali disuruh buat kerja..ye dan saya xbuatkan kerja yg uc suruh..saya xsalahkan awak mr memey..tp awak da melampau judge saya macam tu..kita kalau buat kerja xperlu nak tunjuk2 kat orang..janji semua keje siap sudah..takkan semua kerja saya nak report n tulis dlm notebook nak btaw yang saya wat keje apa kan..awak xpernah rasa berada di tempat saya dan awak xkenal pon saya mr memey..tp u easily judge people mcm tu..kalau betul mr uc terlalu sibuk dan memerlukan pertolongan sila minta tolong..tapi mr uc terlalu ego..semua pon dia nak handle sendiri dan bila da xmampu nak wat dia mula mencari tempat utk meletakkan salah tu pada orang lain..ye saya mmg jahat dan tiada nilai yang baik pon dalam diri saya...tp atas permintaan awk sy akan berubah..tapi berubah seperti yang awak minta..dengar je cakap semua org dan tak perlu bantah dan tak perlu bagi pendapat..terima kasih mr memey sebab awak telah berjaya meringankan fikiran saya dari terus berfikir dan apa pun yang berlaku dalam kelas tu saya tak akan sibuk untuk ambil tahu..cukuplah sekadar menjadi pengikut..mengiyakan semua dan mendiamkan diri lebih baik...

Kenapa semua orang nak sangat merubah orang lain dengan menjadikan dia bukan diri dia??? Diri saya dan hidup saya..Awak semua tak pernah tahu dan tak pernah nak tanya apa yang saya alami selama ini...Dulu saya sangat menjaga hati semua orang...saya sangat takot untuk mengatakan tidak..Tapi disebabkan saya terlalu menjaga hati orang hati saya terus disakiti..terus dipijak-pijak..awak semua pernah tanya dan pernah tahu apa yang saya rasa?? Awak sentiasa melihat saya tersenyum..Pernah awak melihat air mata saya??? Awak tahu apa yang tersimpan dalam lubuk hati ini??? Setelah saya penat menangis dan bersabar..Ye saya memilih untuk menjaga hati saya..saya ubah diri saya untuk terus hidup menjadi saya..Saya belajar mengatakan tidak dan saya berjaya membuatkan hati saya terus tersenyum gembira..Tapi awak menyuruh saya untuk berubah dan menjaga hati orang lain...Jika itu yang awak mahu maka hati saya akan terus dipijak dan dihancurkan...Jika itu yang awak pinta maka akan tiada senyuman dari mata dan hati saya...Saya sudah penat untuk terus menangis..Jika awak hendak berkawan dengan saya terimalah baik buruknya diri saya..Jangan terus memandang keburukan orang lain tapi terus lah melihat sisi yang indah didalam diri seseorang itu..

Mood yang hilang pada end of may aritu disinari dengan kata-kata yang indah..Diambil dari PanduanIslam.com..


Kata-kata semangat buat diri sendiri ;)


Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita..
Kerana Allah faham akan isi hati kita..
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita..
Kerana tiada hakim sebaik ALLAH..


Teguhkan hati hambamu ini Ya Allah untuk terus mengharungi liku-liku kehidupan dengan penuh kesabaran~

Saya suka kata-kata yang terakhir tu " TIADA HAKIM SEBAIK ALLAH"


P/S: TERUSLAH HIDUP DENGAN MENJADI DIRI SENDIRI DAN BERUBAHLAH KE ARAH KEBAIKAN DEMI ALLAH S.W.T =)