Hi Mr. B..
Singgah untuk meluah rasa.
Kadang-kadang, ada masa kita sukar untuk meluahkan apa yang terpendam di hati. Hanya air mata sahaja yang mampu mengalir. Untuk mengubat sedikit rasa di hati. Kadang-kadang orang lihat kita senyum gembira umpama tiada masalah di dunia. Namun disebalik senyuman itu tersembunyi beban yang digalas. Untuk aku yang sukar mengatakan tidak dan sukar untuk mengecewakan hati insan tersayang agak sukar untuk aku membuat keputusan. Walaupun hati tak gembira namun di wajah terukir senyuman nan indah. Kelemahan yang aku akui takkan dapat aku perbaiki. Jika aku bebas membuat keputusan tanpa memikirkan kiri dan kanan.
Mungkin suatu hari nanti..
No comments:
Post a Comment