June 23, 2012

~warkah cinderella 99~ !!falsafah hidup!!


Dear Mr B yang dikasihi.

Assalammualaikum dan salam sejahtera =)

Hari ni hari sabtu 23 jun 2012..Sekarang jam di meja study menunjukkan pukul 4.05a.m..Semangat study falsafah kononnya..Minggu depan 26 Jun 2012 bersamaan hari selasa ada exam falsafah..Dah beberapa hari mengadap buku falsafah..Dulu saya tak rajin belajar macam sekarang ni..Malam tadi waktu sungguh-sungguh study falsafah, tiba-tiba jantung saya berdegup kencang..Terasa sungguh berdebar-debar sewaktu study falsafah..Rase nervous tu sama macam rasa nervous nak presentation or nak mula perlawanan sukan dulu-dulu..Nervous sampai tahap nak muntah..Pastu rumate saya macam risau..Best thing ialah rumate saya siap bagi doa untuk hilang gemuruh..terharu sangat...Lepas rasa nervous hilang terus rumate saya ingatkan untuk siapkan laporan sempena program seminar hari tu..naseb da siap dan da send kat pengarah program..ngeh3..

Hari ni jugak saya macam homesick sangat-sangat..Rasa nak balik rumah je..tapi memandangkan paper owh sangat la berjiran kan so tak jadi balik rumah..tapi sedih sangat dasyat...Dulu time belajar kt usm tiap-tiap kali study week mesti balik..tapi kat sini lain..study week pon masih busy siapkan report-report..sungguh dasyat..Kenapa la hati ni saat-saat ni jugak nak homesick kan.ish3..*geleng-geleng kepala*

Selain tu saya wat jugak la keje-keje mengarut seperti mengedit gamba..setelah sekian lama meninggalkan dunia editing nih..Ni la hasilnya...jeng..jeng..jeng...


hasil editing yang tak seberapa. *warna pink tuuu*

Hari ni jugak saya rindu kat dia..ye dia..dia tu Mr Handsome tuuu..Saya tak tahu kenapa, walaupun dah gaduh dasyat-dasyat pun saya boleh suka kat dia lagi..ish3..*geleng-geleng kepala*.. Mr handsome oh Mr handsome, awak ada jampi apa-apa ke kat saya sampai saya tak boleh lupa kat awak ni?? Walaupun awak jual mahal sangat dengan saya kan mr handsome, saya tetap gembira sebab awak tetap je melayan saya yang gila-gila ni..walaupun saya tak boleh nak baca isi hati awak mr handsome saya tetap doa agar Allah lembutkan hati awak untuk terima saya...eceh!! fefeeling ombak rindu pulak~

Eh saya rasa saya macam nak tulis......... 

10 Things That I love About YOU!!

hahaha..tapi bukan hari ni la..saya akan tulis bila awak betul-betul ditakdirkan berjodohan dengan saya =)

eh..tajuk cam tak kena pulak dengan story line ni kan?? ngeh3...


Falsafah hidup saya

 "I'm only me and that's all I can be..No more no less don't second guess..You may not like me but that's okay because this is me and how I will stay"

Setiap orang ada hak masing-masing untuk suka atau tidak suka pada seseorang itu..Dalam hidup ini, tak semua orang akan suka dengan kita tapi Allah S.W.T menyuruh kita menyayangi sesama manusia. Oleh itu, buangkan rasa tinggi diri dan tanamlah sikap penyayang dan pemaaf dalam diri agar kita terus menyayangi dan memaafkan insan-insan disekeliling kita. Dan kita sebagai manusia haruslah belajar berusaha menerima setiap kekurangan dan kelebihan insan lain di sekeliling kita..

Ulasan ringkas dari dealove shafrina..continue study falsafah..ganbatte ne!! 


with love,  

No comments: