Assalammualaikum and Hi Mr B and to all readers (perasan sangat macam ada orang baca blog kau). Hahaha..
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2018. Di sebabkan kekangan masa yang melampau maka bulan ketiga 2018 berjaya buat saya untuk menulis di ruangan ini. (kenapa ayat macam skema sangat ni???)
Wishlist untuk tahun 2018 hanya ditulis di planner. Tak sempat nak update kat sini. Semoga tahun 2018 ni ditemukan jodoh yang terbaik buat diri ini dan bertambah rezeki hendaknya.
Pada 12.02.2018, saya dah lapor diri di ofis baru di Ara Damansara. Route pergi kerja dah berubah sekarang. No more Cyberjaya.
Dua hari pertama kat ofis baru, bila balik mesti menangis dalam kereta. Sebab?? Rindu dengan routine 3 tahun ulang alik cyber. Dah takde midnight gossiping with cikna and cikta. Dah takde sushiing session dengan mang. Dah takde ulang alik kl-cyberjaya-kl dengan adik. Rindu geng-geng kat ofis lama. Tapi bila dah masuk minggu kedua dan seterusnya, perasaan kembali normal.
Sekarang tengah dalam proses belajar sebab kat ofis baru ni buat kerja berbeza dari ofis lama. Tak tahu lah berapa lama pulak kat sini.
Tahun ni sibuk sangat. Pagi sampai petang kerja then malam sambung tuisyen. Sekarang tengah join jom kurus dengan harapan dapat normal bmi. Tapi perjalanan nak kurus tu jauh lagi.
Kat ofis baru ni, saya dapat rezeki baru iaitu jumpa dengan geng lama di USM. Boleh la lunch sama sebab ofis kami berdekatan. Kira member lama ni pengubat rindu kat officemate lama la.
Hope this time everything will be okay.
K la. Dah ngantuk. Gudnite semua..
No comments:
Post a Comment