May 5, 2015

~warkah cinderella 127~ !! Ai Shi Te Ru Ni!!

Ai Shi Te Ru

Si gadis mengimbau kembali kenangan bersama si jejaka. Suatu hari, si jejaka memberitahu si gadis bahawa dia berkenalan dengan seorang wanita yang kesedihan kehilangan tunangannya. Si gadis sempat berkata kepada si jejaka "mula-mula kawan, nanti lama-lama kahwin!". Si jejaka menyambut dengan gelak ketawa. Persahabatan jarak jauh tetap diteruskan. Sehingga suatu hari si jejaka berkata "saya dah ada girlfriend, jangan mesej saya nanti girlfriend saya marah". Hancur lebur perasaan si gadis. Perkenalan yang menginjak masuk ke usia 3 tahun hanya sia-sia belaka. Si gadis menyepi membawa diri yang lara. Kehidupan diteruskan untuk bangkit mencari kekuatan. Mencari di mana silapnya perhubungan di antara si gadis dan jejaka. Sampai suatu hari, si gadis tiba-tiba teringat akan si jejaka lalu menghantar mesej kepada si jejaka. "Assalammualaikum, kau apa khabar?". Lalu di balas oleh si jejaka "waalaikummussalam, saya sihat. awak?". Lalu si gadis membalas "aku alhamdulillah sihat". Tiba-tiba si jejaka menghantar mesej "Ayu, I love you. Jom Kawen!". Si gadis membaca mesej tersebut dengan penuh tanda tanya. Mesej itu dipandang sepi tanpa di balas. Sepanjang perkenalan selama 3 tahun itu, membuat si gadis mengenali sepenuhnya perangai si jejaka. Si gadis terdetik di hati, ini bukan si jejaka yang menghantar mesej tersebut. Setelah beberapa hari, whatsapp si gadis telah di 'blocked' oleh si jejaka. Si gadis terbuka hati untuk membalas mesej si jejaka. "Setelah apa yang berlaku selama ini, aku mohon maaf kat kau. Tak mungkin untuk aku berkahwin dengan kau. Aku doakan kau bahagia dengan pilihan hati kau". Setelah menghantar mesej tersebut, tiba-tiba si gadis dapat mesej di LINE. Seorang wanita menghantar mesej dan berkata "what is your relationship with M****** A**** actually?". Puas si gadis membaca dengan nada manja namun masih tidak berjaya. Namun digagahkan jua untuk membalas mesej tersebut "What's your relationship with him?". Wanita itu membalas "aku tanya kat kau, kau tanya balik kat aku". Si gadis menjawab " kalau macam tu awak tanya la kat dia". Si wanita itu membalas " korang berdua sama je, bila tanya suruh tanya sendiri, bila tanya taknak mengaku. Dua-dua aku tak percaya tapi paling aku tak percaya kat kau la". Si gadis tetap membaca dengan nada yang baik. Oh! wanita ni sedang marah. Mungkin sebab aku mesej si jejaka tersebut. Lalu si gadis menjawab "Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan dia?". Si wanita tersebut menjawab " Kami dah bertunang hari raya yang lalu. Apa hubungan awak dengan dia?". Si gadis beristigfar. Si gadis tidak tahu bahawa si jejaka telah bertunang memandangkan si jejaka tetap tidak mengaku dan melayan si gadis dengan baik. Perbualan diteruskan dengan si wanita tersebut. Si gadis tetap bersabar di atas setiap tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan. Si gadis memohon maaf untuk tidak mengeruhkan lagi suasana. Si gadis sempat berkata "saya mohon maaf sebab saya tak tahu si jejaka dah bertunang. Mulai hari ini saya janji saya tak akan ganggu hubungan awak berdua. Mulai hari ini juga saya dah tak kenal siapa dia M****** A**** tu. Saya doakan awak berdua bahagia selamanya dan selamat pengantin baru in advance. Whatever happened after this, please jangan cari saya lagi. Saya tiada kena mengena dalam relationship awak berdua. Assalammualaikum". Si gadis berasa sangat sedih dan kecewa. Setelah mendapat berita sebenar, si gadis menangis berhari-hari untuk mencari kekuatan. Ya, sayalah gadis perampas itu. Saya dan dia berkenalan selama 3 tahun dan awak berkenalan selama setahun dan saya gadis perampas itu. Terima kasih untuk pengalaman ini. Setelah beberapa bulan mencari kekuatan, Si gadis mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. Si gadis menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti agar mampu untuk melupakan setiap derita yang dirasa. Kini, si gadis mampu berdiri sendiri namun belum mampu untuk membuka hati buat sesiapa. Si gadis terus memandang kehadapan. Luka semalam terus diubati tanpa dendam. Suatu hari, sahabat si gadis menghantar sekeping gambar di whatsapp. "Beb. u know about this?". Si gadis melihat gambar tersebut. Si gadis mampu tersenyum melihat gambar perkahwinan si jejaka dan si wanita tersebut. Semoga berbahagia selamanya buat kamu berdua. Allah adalah perancang yang maha hebat. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Si gadis redha dan yakin ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Moga yang terbaik buat si gadis bakal tiba tidak lama lagi. Si gadis terus tersenyum. Sebahagian hati si gadis bersama si jejaka. Oh! Ai Shi Te Ru. Namun si gadis percaya akan muncul sebahagian  hati yang mampu membahagiakan si gadis. Si gadis terus menunggu. Namun kebahagiaan sebenar yang sentiasa di depan mata sentiasa di hargai dengan sepenuh jiwa. Bahagia bila bersama ibu dan ayah tercinta. Si gadis terus tersenyum dan melangkah. Ya! hari itu akan tiba. Tidak lama lagi.

Ai Shi Te Ru!

Bersambung~


2 comments:

Grace Arabella said...

bila nak sambung,,,

~cinderella~ said...

dah sambung dah haaa...