Ai Shi Te Ru..
bersambung~
Kisah seorang gadis yang gagal dalam dunia percintaan. Dia mengubat lara di hati bertahun-tahun lamanya. Muncul seorang jejaka yang cuba untuk menawan hatinya. Atas nasihat rakan-rakan, si gadis cuba membuka hatinya menerima cinta yang baru. Salam perkenalan dihulurkan dan disambut baik oleh si gadis. Hari berganti hari, si jejaka bijak menawan hati gadis itu. Perkenalan antara jejaka dan gadis itu lain dari yang biasa. Seawal dua minggu berkenalan, mereka sudah mula bertelingkah. Namun pertelingkahan kata-kata yang berlaku lebih mengeratkan hubungan mereka. Mereka sangat jujur di dalam perhubungan mereka. Si gadis itu mula merasakan sesuatu di dalam hatinya. Adakah itu cinta? Setelah bertahun-tahun kehilangan cinta, perasaan indah itu hampir dilupakan. Si gadis yakin yang kini dia sudah jatuh cinta. Oh! Ai Shi Te Ru. Si gadis meluahkan apa yang dirasa kepada si jejaka. Namun, kerana ego di dalam diri si jejaka terlalu tinggi maka si gadis kembali kecewa. Si gadis selalu bertanya sejauhmanakah hubungan mereka namun dipandang sepi oleh si jejaka yang dicintai. Setelah hampir dua tahun bersahabat dan memendam rasa, si gadis mula mengalami gangguan di jiwa. Adakah si jejaka mempunyai perasaan yang sama dengan si gadis? Persoalan terus bermain di minda si gadis. Rakan-rakan disekeliling menyuruh si gadis melupakan si jejaka namun si gadis masih menanti jawapan yang satu itu dari si jejaka. Apakah hubungan mereka yang sebenarnya? Dengan bantuan sahabat si gadis, si gadis mengetahui bahawa si jejaka hanya menganggap bahawa si gadis hanyalah seorang kawan biasa. Kawan biasa yang sama seperti kawan-kawan yang lain. Hancur luluh hati si gadis mengetahui perkara tersebut. Air mata mengalir tanpa di pinta. Si gadis merasakan perkenalan yang hampir dua tahun itu adalah sia-sia. Si gadis mempersoalkan kenapa si jejaka tidak memberitahunya sejak dari dulu lagi namun si jejaka masih lagi menidakkan apa yang berlaku. Mulai saat itu, si gadis tekad untuk melupakan si jejaka. Perasaan cinta dan kasih yang diberikan hanyalah sia-sia. Hatinya luruh umpama kaca terhempas ke lantai. Air mata yang deras mengalir tidak mampu untuk ditahan. Sehari gembira sehari berduka. Luka yang dulu kini berdarah kembali. Walaupun akal fikirannya berusaha untuk melupakan si jejaka namun di hatinya masih terselit sedikit rasa A i S h i T e R u buat si jejaka. Si gadis masih lagi seorang yang gagal dalam percintaan.
with love
No comments:
Post a Comment