October 15, 2015

~Warkah Cinderella 129~!!mimpi dan mimpi!!

Assalammualaikum and hai to all readers.

Ke hadapan Mr B yg dikasihi,

Alhamdulillah bertemu jua kita dgn bulan October 2015. Sempena tahun baru Hijrah ni nak bercerita tentang mimpi. Sejak dari tahun 2012, aku selalu bermimpi tentang ULAR. Aku selalu membaca tafsir mimpi berkenaan ular. Melalui pembacaan ada perkara yg baik dan buruk mengenai mimpi ular. Di dalam setiap mimpi berkenaan ular, aku pasti akan berusaha berlari untuk meloloskan diri dgn bersungguh-sungguh. Aku pernah bermimpi dikejar ular yg sgt besar, dikejar dan diperhati oleh beberapa ekor ular, diselamatkan oleh seorang jejaka daripada ular yg sgt byk, bermimpi ular dan buaya makan orang dan semalam aku bermimpi ular tedung hitam mematuk beberapa ekor kucing lalu kucing itu mati dan ular itu berjaya dijinakkan oleh abang aku. Abang aku siap cium ular tu dan suruh aku pegang. Aku seperti biasa lari membawa diri. Aku ada membaca tafsir mimpi mengenai ular yg membawa maksud baik dan buruk. Jika nak tahu maksud boleh Google sendiri. Terpulang pd diri masing-masing utk percaya atau tidak. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah utk melindungi aku dari segala kejahatan yg ada di dunia ini.

Mimpi dipatuk ular bukan bermaksud anda bakal dipinang tetapi bermaksud *okay Google sendiri*. Walau apa pun nasihat utk diri sendiri, jangan biarkan hati menjadi hitam dan kelam sbb akan ada bisikan hati yg menyuruh berbuat kejahatan. Hiasilah hati dengan cahaya dan kebaikan.

Sempena tahun Hijrah, aku perlu berhijrah 360 darjah! Mulakan tahun baru dengan azam baru dan semangat baru. Semoga terus kuat, bahagia dan kaya!

Sempena tahun Hijrah ni juga, aku ingin berhijrah status. In Sha Allah dipermudahkan urusan dalam pencarian jodoh. Moga yg baik-baik akan tiba suatu hari nanti. Amin

No comments: