Hatiku meronta-ronta mahu melihat wajahmu
Perasaan sayang yang tersemat di kalbu
Kian pudar seiring waktu
Kau menyuruh aku pergi di kala hati tetap merindu
Bingkisan senyummu setia dibayanganku
Hati terus terseksa menusuk ke kalbu
Titis-titis air mata menjadi sahabat sejati
Perasaan suka dan duka silih berganti
Kau datang dan pergi sesuka hati
Kini aku terus membawa diri
Biarpun kaki melangkah lemah
Jiwa hilang arah
Hati gundah fikiran bertelagah
Betulkah? Salahkah?
Kau dah berubah
Untuk satu saat yang indah
Kini semua musnah
Kau berpaling arah aku tidak kau endah
Wahai hati yang tabah
Kembalilah mencari arah
Hilangkan rasa gundah
Warnakan hatimu merah
Terang bersinar tiada amarah
Agar kau merasakan langit yang tak selalu cerah
Bisa menghadiahkan kau pelangi indah
Bait-bait duka kian berganti
Senyuman indah terus menghiasi
Tanda diri ini semakin kuat untuk terus berlari
Mengharungi dugaan yang sedia menanti
Namun aku tetap mengerti
Bahawa Qada' dan Qadar' ketentuan Ilahi
Redha dengan setiap pinjaman yang diberi
Setiap nafas yang tiada ganti
Setiap saat yang terus berlari
Aku pasti bahagia tetap menanti
Bila DIA mengizinkan suatu hari nanti