February 4, 2013

~warkah cinderella 113~ !!mimpi bahagia!!


Dear Mr B dat I love d most =)
Assalammualaikum to all readers =)

Hari ni nak cerita tentang mimpi semalam =)
Mimpi dengan linangan air mata dan kebahagiaan =)

Sudah 15 hari saya melupakan perasaan hati saya kepada dia..
Surat Cinta Terakhir buat dia telah saya berikan dan memberi ruang di hati untuk terus hidup berbahagia tanpa derita..

Surat Cinta Terakhir



Assalammualaikum awak..

Saya nak awak tahu apa yang ada kat hati saya ni. Saya pernah jatuh cinta pandang pertama dengan awak. Waktu tu saya tak kenal awak siapa dan awak tak kenal saya siapa. Saya jatuh cinta dengan awak waktu kita sama-sama junior dalam palapes. Pertama kali saya nampak awak waktu majlis berbuka puasa awak berbaju melayu hitam. Saya nampak awak kat parking kereta IK. Gambar profile awk berbaju melayu hitam tu mengingatkan saya waktu pertama kali saya menyedari kehadiran awak di USM. Saya tanya kawan2 saya kenal tak mamat tu, tapi malangnya semua kawan-kawan saya tak kenal awak. Semua ingat awk dari nibong tebal. Lepas dari peristiwa tu saya tak pernah nampak awak. Selepas lima tahun, tiba-tiba mira bagitahu kawan dia nak kenal dgn saya. Disebabkan awak kawan kepada mira jadi saya beri peluang kepada awak untuk berkenalan dgn saya. Sesi perkenalan kita sangat unik. Jarang ada orang berkenalan baru 2 minggu dah bergaduh dgn sgt dasyat kan. Walaupun banyak sangat sesi bergaduh dan kawan semula tapi saya rasa sangat gembira dapat berkenalan dgn awk. Sampai suatu hari saya tengok2 semua gambar awak sampai lah gambar awak berbaju melayu hitam tu. disokong oleh awak sendiri dalam gambar tu yang awak cakap gambar tu waktu junior then saya teringat kesah 5 tahun yang lepas. betullah awak lah org yg saya pernah jatuh cinta suatu ketika dulu. then again saya jatuh cinta dengan awak buat kali keduanya sewaktu sy berjumpa dgn awk hari tu. Ye, saya jatuh cinta kali kedua dgn awk waktu dlm wayang. jika saya tak tenung awk kt dlm wayang tu mungkin sy tak jatuh cinta kali kedua dgn awk. mungkin silap saya sebab setuju nak jumpa dgn awk. saya suka dengan awk sbb awak sgt sabar melayan saya.tak semua orang sgt sabar mcm awk melayan saya. dari awak saya belajar banyak perkara. saya belajar macam mana nak luahkan segala yang ada kat hati. dengan awak saya belajar erti kejujuran.dengan awak sy boleh bebel2, marah, dan yg paling penting awk ajar saya jadi seorg yg sabar. saya nak ucapkan terima kasih di atas perkenalan ini. Mungkin kita tidak ditakdirkan untuk bersama. Jika diizinkan lagi utk sy jatuh cinta dgn awk untuk kali ketiga biarlah waktu itu sy sudah menjadi pilihan hati awak. tapi buat masa sekarang saya redha dgn ketentuan Allah.tak semua yang kita inginkan akan kita dapat. Saya doakan awak bertemu dengan jodoh yang baik2. Isteri yang solehah. bahagia dunia dan akhirat. saya doakan semoga terbuka pintu hati awk suatu hari nnt untuk hidup berkeluarga. saya doakan awk dimurahkan rezeki dan menjadi suami yang soleh suatu hari nanti.amin. Lepas ni saya tak kacau awak dah  awak jangan risau. dah takde dah org nak meroyan sebab suka dengan awak terima kasih ye awak untuk setahun ini..terima kasih juga dgn ilmu2 yang dikongsi dengan saya..dan terima kasih juga menjadikan saya yg tabah dan kuat seperti hari ini.. Assalammualaikum dan jaga diri awak baik2 taw..



Berakhirlah satu lagi kisah cintaku..cewahhhh =P


Tapi semalam..ye semalam..saya mimpi dia lagiiii...
Kali ini sangat indah =)

Apabila hati mulai melupakan dia, tiba-tiba dia muncul di dalam mimpi...
Dulu mimpi ibu dia meminang saya..
Tapi semalam saya mimpi dia pemilik tulang rusuk ini...


Awak..saya xtaw kenapa awak yang muncul dalam mimpi saya...
Saya berusaha untuk membuang rasa di hati ini..
Tapi mimpi semalam memberi saya sedikit kebahagiaan walaupun hanya di dalam mimpi...

Susah untuk memulakan cerita..tapi....
saya nak cerita jugak apa yang saya mimpi..

Saya bermimpi telah dinikahkan dengan seseorang yang tidak dikenali..dengan linangan airmata saya memohon kepada kedua ibubapa saya agar memberi masa kepada saya untuk berkenalan dengan bakal suami saya..malangnya mama dan babah saya enggan berbuat demikian..mereka mengatakan saya telah dinikahkan dengan seorang lelaki pilihan mereka...dengan linangan airmata saya memohon agar pernikahan tersebut dibatalkan..malangnya tiada siapa yang mahu mendengar rintihan hati ini..Setelah puas menangis akhirnya saya diperkenalkan dengan lelaki tersebut..saya berusaha memohon untuk dibatalkan pernikahan kami..tetapi semua mata hanya memandang sayu..tiba-tiba muncul seorang lelaki berbaju melayu tetapi berjaket tiba ditempat kejadian..lalu dia terus duduk menghadap kadi dan melafazkan akad nikah...dengan perasaan yang kosong dan keliru saya terdiam dan mendengar sahaja..rupa-rupanya calon menantu pilihan tiba lewat kerana hal yang xdapat dielakkan..apabila tiba sesi membatalkan air sembahyang rupa-rupanya dia yang melafazkan akad itu..hati terasa sedikit bahagia..di dalam mimpi saya, dia sangat penyayang..

Ya Allah jika dia jodohku dekatkanlah hati kami ya Allah..jika dia bukan jodohku hilangkan lah rasa ini ya Allah..

Awak..berilah peluang untuk diri awak merasa bahagia..Saya doakan awak terbuka pintu hati untuk berkeluarga suatu hari nanti..amin



p/s: kadang-kadang kebahagiaan itu hadir di dalam mimpi walaupun hanya seketika~