December 30, 2012

~warkah cinderella 110~ !!doa buat jodohku!!

Dear Mr B that I love the most..
This is dedicate special for that special someone with full of hearts!!
This doa is taken from here..Thanks to the writer =)
I'm sharing it just for that special someone..


Aku datang bersujud pada-Mu...
Sucikan hatiku ya Allah, agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku...

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya...
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya...
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku...
Dan usirlah dia dari relung hatiku...
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini...
Dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni....
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat....
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku...
Ya Allah satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya...
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya....
Bantulah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan...
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya...

Ya Allah Maha Pengasih dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu...

Amin Ya Rabb~



WITH LOVE

December 26, 2012

~warkah cinderella 109~ !!oh HATI!!


Dear Mr B that I love the most..
I love you so much..

Just simple entry..

oh HATI
kenapa kau sukar membuang rasa yang ada

oh HATI
jika dia bukan milikku kenapa kau masih lagi membiarkan rasa itu berada disitu

oh HATI
bila fikiran semakin menjauhkan rasa itu tapi mengapa kau semakin menyemarakkan rasa itu

oh HATI
bantulah aku untuk melupakan

oh HATI
bilakah tiba waktunya kau akan kosong seperti dahulu

oh HATI
dia yang tak menghargai tidak perlu bertakhta si setiap sudut penjurumu

oh HATI
sungguh berat yang kurasakan sehingga tak tertanggung segalanya

oh HATI
kerana kau fikiranku gagal melupakan dia

oh HATI
kerana kau airmata sukar untuk dihentikan

oh HATI
bilakah tiba waktu semuanya akan berakhir??

oh HATI
jika dia dan aku ditakdirkan bersatu kuharapkan agar hatinya seperti hatiku

With Love

December 16, 2012

~warkah cinderella 108~ !!oh airmata!!

Dear Mr B dat I love the most..

Hari ni saya sangat tacing..tak tahu kenapa..Hanya dengan sebaris ayat mampu membuat air mata saya mengalir tanpa henti..sudah sekian lama tak menangis depan orang..last saya menangis depan orang 4 tahun yg lepas..tiba-tiba hari ni saya menangis depan my friends..huhuhu...

Kata-kata kau..ye..kata-kata kau sangat mengguris hati aku..kau sape nak cakap macam tu?? aku tau kau sangat hot..perempuan dok gila bayang kat kau..sebab apa..kau tau tak sebab apa?? kau tu sweet talker..kau buat orang jatuh hati pastu kau tinggalkan orang tu..kalau sebab kau sweet talker and sebab kau pandai nak buat perempuan fall dgn kau then kau rase kau hot baik tak payah..kau tak la hensem mana..tp sbb kau pandai main kata-kata kan...kalau aku nak camtu pon aku boleh..tapi aku bukan perangai macam kau..kau tau tak..kalau aku perangai cam kau mmg la boyfriend aku keliling pinggang...
"kau takde sape yang nak"

Ayat kau sangat buat aku sedih...ye memang xde sape nak kat aku..tp tu jadi masalah kau ke??? kau tau tak, kalau lelaki macam kau mmg la aku xnak..bila kau ckp cmtu aku rasa kau mewakili semua lelaki kat dunia ni yang ckp cmtu..kau tau tak hati aku baru terbuka nak suka orang and aku baru belajar-belajar bukak pintu hati aku..tapi sebab lelaki macam kau la buat perempuan mcm aku sangat down untuk bercinta...Kau tak penah tau apa yang aku lalui selama hari ni...

Terima kasih buat aku menangis pasal benda bodoh mcm ni....Memang aku xde orang yg nak..sebab aku mmg xnak kalau semua yg dtg tu perangai sama macam kau...macam ni la kan seorang kawan buat kat kawan dia..aku terharu sangat dengan kata-kata kau..Aku nak bagitahu kau yang " AKU SEORANG YANG SANGAT SENSITIF".... Lepas ni hati-hati sikit nak cakap dgn aku...kau nampak aku gelak-gelak but ade certain part kau kena tahu yang hati aku xmampu utk terima apa yang kau kata and mata aku xmampu nak tahan air mata aku dari mengalir...ah! aku benci kau!...............








~hati-hati~


p/s: aku rela tiada yang mahu dengan aku jika yang hadir itu hanya menyebabkan airmataku terus mengalir..Ya Allah tabahkanlah hati ini...... 


With Love


December 12, 2012

~warkah cinderella 107~ !!Lepaskan!!


Dear Mr. B dat I love d most..

Assalammualaikum dan salam sayang dari saya..
Hari ni penat..sebab?? pagi-pagi bangun pegi kelas ada quiz statistik..study chapter 5 bersungguh-sungguh sampai-sampai kelas classmate bagitahu masuk chapter 6..yeeee terkejot urat saraf..ha ha ha..naseb bawak buku yang tebal tuuuu..boleh la tengok-tengok apa yang patut.. yang tak patutnya tengah lecture chi square aku pegi bantai study comparison between 2 mean..nasiblah haii..lain kali lecturer cakap kat depan dengar okay!! takde lah mengalami masalah maklumat tak sampai!! ciskek!!

Habis-habis quiz statistik tuu dapat lak berita terkejut..test pengurusan kokurikulum pukul 11..oishhh..terima kasih..kata pukul 2 dah jadi pukul 11 pulak...macam biasa kelam kabut tengok nota yang tak siap tuuu...bila tengok soalan ape lagi...jawab je la apa yang tahu kan?? yang tak tahu tu jeling-jeling sebelah laaa...ha ha ha..jangan cakap korang tak pernah jeling sebelah okay!! =P

Lepas tu terus pegi jumpa tuan haji..bincang-bincang pasal projek sarjana...yeee...banyak sangatnya nak kena betulkan..minggu depan viva PS1..okay 1st time rasa PS1 kena viva..zaman degree dulu viva bila dah siap semua...pengalaman baru kan..layan la jugak tuan haji bebel-bebel kan...saya yang comel ni dia dok bising cakap kuat tidoq..memang tak dinafikan yang tido tu adelah favourite semua orangggg!! jangan tipu ye kata korang tak suka tido!! ha ha ha..tuan haji komplen badan saya berisi..oisshhhh...komen pasal projek sarjana je la..tak yah la komplen pasal diri saya..nak buat camne..sem ni stress sangat..dengan kerja yang banyak sangat tuuu pastu tambah pulak projek sarjana tu pastu tambah pulak masalah hati..haishhh..berat sangat tanggungan perasaan nih....makan adelah sesuatu perkara yang membuatkan saya tenang selain dari tido kan =) ho ho ho..

Petang macam biasa kelas en azani..akhirnya berjaya jugak la belajar buat website guna dreamweaver tuu...okay saya tak berangan masuk kelas ni..sangat excited belajar benda baru!! dan yang paling best en azani cakap "okay ni last kelas kita"..wehuuu..minggu depan dah takde kelas..maksudnya dah nak dekat-dekat minggu exam la niii..kenapa la sem ni lemau sangat!! haishh banyak sangat berangan nye nih..banyak g keje tak setel..adoii...pening sangat fikir pasal projek sarjana walaupun baru PS1..kalau PS2 nnt tak tahu la macam mana...

Balik kelas dah pukol 6..singgah mussola bak kata kak d then terus g makan..hari ni makan bubur..punyalah excited makan bubur sampai melecur lidah..awesome sangat kan? =P balik dinner terus solat magrib dan tido!! terbukti kata-kata tuan haji saya suka tido =P ha ha ha..bangun2 da pukul 1..terkejot sangat!! Bila saya bangun tido rumate saya dan housemate saya sume nak tido..bila diorang dah tido mula lah saya sedih sorang2...

Paling tak best saya suka sangat nak tengok facebook dia..mang dan hanis dah pesan stop it..jangan seksa hati sendiri..haaa...tapi saya sangat terseksa melawan rasa hati sendiri....malam ni menangis bersungguh-sungguh..sedih sangat...dah lama tak nangis macam ni...3 tahun menangis tu sangat derita...tapi bila dah berhenti menangis muncul lagi manusia yang buat saya menangis balik..oishhh...sedih!! lagi sedih bila tengok semua gambar sendiri mcm tak best sebab muka senyum dah tapi mata tak bersinar dan tak gembira macam dulu-dulu....tolonglah hilang rasa kat hati nih...tak larat dah tanggung..tak larat dah hari-hari nak lawan perasaan ni...tak larat nak bawak penanggungan perasaan plus berat badan plus keje yang banyak...oishhhh berat sangat!! tak tergalas rasanya...dan cara penyelesaiannya adalah TIDUR..tidur je hilang semua rase tu..sebab bila tidur otak saya tak berfikir dan saya akan tidur dengan nyenyak dan tak sedar diri...waktu tidur itu sangat memberi ketenangan hati buat saya...saya tak boleh buang aura positif..nanti selalu je menangis..kadang-kadang air mata tu sangat perlu untuk buat kita jadi lagi kuat dari sebelum nih...harap-harap esok saya boleh lah jadi kuat macam batman, ultraman, superman, cicakman, keluangman, tiongman, dan man2 yang kuat kt luar sana..

Tamat sudah sesi melepaskan perasaan!! enjoy 12/12/12..ramai sgt dok post pasal 12/12/12 12.12am...tp saya tido plak time tuuuu...hahaha..maseh ade lagi 12/12/12 12.12 p.m =)


Kadang-kadang air mata tu adalah penawar rasa pahit yang ditelan =) Menangislah! 

With Love