July 15, 2012

~warkah cinderella 100~ !!Jenis-Jenis Cinta!!



Assalammualaikum w.b.t..


Salam sayang dari saya..Entry yang ke-100 tiba jua..Blog tempat meluahkan rasa dan berkongsi cerita suka dan duka.. =)


Entry yang ke-100 setelah 3 tahun berblogging..ish3..malas sungguh! =)


Entry yang ke-100 ni nak summarize semua kisah cinta yang pernah hadir dalam hidup saya..eceh! jiwang konon..hahaha..nak menguji bakat terpendam melalui penulisan..cewah =)


#1 Cinta Zaman Sekolah


Cinta zaman sekolah adalah cinta monyet kata mereka..Bagi saya cinta zaman sekolah adalah hadirnya perasaan suka buat pertama kalinya..Semua mesti tertanya-tanya saya pernah jatuh cinta waktu sekolah dulu? Jawapannya ya..Saya jatuh cinta dgn si dia yang bernama AA..Tapi saya tidak pernah menyatakan rasa cinta itu pada dia..Saya hanya memandang insan yang saya cintai dari jauh sahaja..Rasa cinta yang hadir dipendam dalam sudut hati yang paling dalam..Sekadar memandang wajahnya sahaja dapat membuatkan diri terasa di awang-awangan..cewah!




#2 Cinta Zaman Universiti


Mama selalu pesan, kalau masuk U baru boleh bercinta..Saya mengaplikasikan pesanan mama..Saya mengenali apa itu cinta sewaktu di Kolej Matrikulasi Melaka..Bermula salam perkenalan dan berkawan selama setahun maka terwujudlah rasa cinta yang mendalam menyebabkan saya bersetuju menjadi kekasih FT..Rasa cinta yang dipinjamkan itu hanya bertahan selama setahun sahaja..Terima kasih buat FT yang sudi menerima saya yang comot pada ketika itu dan memberi saya peluang merasai apa itu cinta..Cinta zaman remaja penuh pancaroba..Saya tidak cukup kuat untuk menempuhi cinta zaman remaja..Tapi dengan sebaris kata mampu membuatkan saya menjadi diri saya sekarang..Mampu menjadi seorang yang tabah, sabar dan terus kuat dan bersemangat menempuh hari-hari yang mendatang..Terima kasih FT dengan kata-kata awak yang menjadikan diri saya seperti hari ini =) Kata-kata yang indah itu saya kongsikan bersama semua "TIME HEALS EVERYTHING" but the memory remains and take it as a lessons..


#3 Cinta Zaman Cyber (tagged)




Bagi sesiapa yang lahir dalam arena 80-an pasti akan terjebak dengan dunia cyber..Saya tidak ketinggalan juga dengan cinta cyber..eceh! Hati saya berjaya dicuri oleh si dia dr seberang sana..OSG seorang yang sangat menghiburkan hati..Teman diwaktu duka..Tapi sayang tiada jodoh kami bersama..Menjadi pilihan kedua atau tidak dipilih untuk menjadi yang pertama sangat mengecewakan..Tapi semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..Saya bahagia melihat awak bahagia =)

#4 Cinta Muka Buku 

Cinta muku buku pon seronok..Bermula dari poke sampai la ke private message..Boleh berkenalan? Sampailah kepada rasa suka dan cinta..Kemudian ditinggalkan..MAR ni kawan kepada ex-bf lama..Macam cinta dengan spy pon ye jugak =) takpe awak..awak baik sangat dan saya doakan awak dengan orang yang baik-baik juga =)


#5 Cinta Zaman Bekerja




Cinta zaman bekerja adalah percintaan menggunakan email pejabat untuk meluahkan rasa dan mengorat =) Saya berpeluang merasai pengalaman bercinta menggunakan email pejabat..Awak dah makan ke? Awak jangan layan sangat lelaki tu.. Awak tadi lunch makan apa? Kenapa hari ni muka awak garang? Kenapa hari ni awak tak senyum pun kat saya.. Itu adalah dialog-dialog yang biasa akan diterima melalui email.. Tapi bila bercinta dengan lelaki yang terlalu "abang" maka saya yang agak kanak-kanak dan blur ni gagal mengikut rentak dia..Terima kasih abang MM..Awak kena cari kakak-kakak la saya rasa =)


#6 Cinta Satu Permainan Betting 




Cinta Satu Permainan Betting bunyi macam menarik kan =) Realitinya menyakitkan =) Bertuah lelaki ni..Nama dia MA..Dia ni mula-mula nak berkenalan minta kawan tolong adjustkan..Buat saya jatuh cinta kemudian cinta yang diberi diperjudikan..Demi RM100 + ice cream tutti fruity awak berjaya menghancurkan hati saya =) terima kasih awak..awak memang baik hati sangat =) kalau niat awak nak perjudikan cinta kenapa pilih saya? ye saya memang sentiasa gagal dalam bercinta dan perkataan terbaik adalah saya tak tahu bercinta =) Tapi hati saya bukan barang mainan awak..Tapi saya nak ucap juga terima kasih sebab awak banyak mengajar saya menjadi seorang yang sabar, tabah dan kuat =) Mesej yang awak hantar kat saya tu buat saya jadi speechless =) Hati saya terkejut sangat awak..Persahabatan yang terjalin selama 10 bulan 20 hari (14 julai 2012) terasa seperti...............................

Menarik juga pengalaman-pengalaman cinta yang pernah dilalui sehingga berumur 24 tahun =) Dari pengalaman-pengalaman cinta ini telah membawa jiwa dan hati saya ke arah percintaan yang lebih beerti iaitu :

#CINTA YANG ABADI

Cinta kepada ALLAH S.W.T yang sentiasa membawa ketenangan, kesabaran dan kekuatan hati yang tidak terhingga..Semakin saya gagal bercinta semakin dekat saya dengan ALLAH S.W.T. Terima kasih YA ALLAH kerana memberi peluang merasai apa itu cinta dan memberi peluang merasai nikmat cinta pada yang hakiki..Semakin CINTA dengan ALLAH semakin indah kehidupan yang dilalui..Saya belajar apa itu redha, apa itu tawakal, apa itu sabar, apa itu syukur dan yang paling penting saya belajar APA ITU CINTA SEJATI..