March 28, 2012
~warkah cinderella 96~ !!!!
Dear Mr B,
Masa amat mencemburui saya. Sudah sekian lama tidak mencoretkan luahan hati di sini. Hari ini kembali untuk meluahkan segala rasa yang terpendam.
Alhamdulillah. Saya telah melanjutkan pelajaran di sebuah daerah yang agak asing bagi saya kerana tidak pernah sampai di sini namun semuanya indah disini. Demi mengejar cita-cita yang diimpikan semua perasaan duka meninggalkan kedua ibubapa di rumah ditolak jauh. Walaupun terkesan rasa duka itu dihujung hati namun dibibir masih terus mekar tersenyum.
Terima kasih buat teman-teman rapat yang tecinta di atas nasihat-nasihat yang diberikan sebelum saya menjejakkan kaki di sini dan juga ketika saya perlu membiasakan diri di sini. Pada permulaannya agak sukar untuk membiasakan diri di sini kerana sudah lama tidak meninggalkan kedua ibubapa saya. Minggu pertama berada di sini sudah diduga dengan suasana baru di tempat baru. Penyakit alergic tiba-tiba menyerang. Namun berkat kesabaran semua berjaya diatasi.
Alhamdulillah sekali lagi kerana ditemukan dengan roomate dan kawan-kawan yang sangat best. Walaupun kehidupan di sini terlalu sibuk namun saya hampir terbiasa dengan kesibukan yang melanda. Pada ketika ini saya kembali membiasakan diri tidur lewat malam dan pernah juga tidak tidur dan terus ke kelas. Azam dan tekad baru terus menguatkan hati dan minda saya untuk terus berjaya.
Kepada semua yang membaca serita ini diharap dapat terus mendoakan kejayaan saya di sini. Jutaan terima kasih diucapkan buat anda semua.
Salam sayang dari
Subscribe to:
Posts (Atom)