Kepada Mr B yang sangat dicintai.
Kisah seorang gadis yang selalu memendam rasa. Mencari tempat untuk meluahkan rasa. Mr B tempat mengadu rahsia hati. Pendengar setia tanpa jemu mendengar rintihan hati. Seorang gadis yang mahu ada pendengar setia untuk mendengar semua cerita. Tempat meluah rasa terpendam dan titisan air mata. Ceritera gembira juga duka tersimpan kemas di sisi Mr B.
Kisah seorang gadis bermula dengan kehidupan riang ria tanpa menanggung derita cinta sehingga dia menjangkau umur 17 tahun. Mula mengenal apa erti cinta. Cinta pertama yang tidak kesampaian. Tidak tahu dan sangat malu untuk meluah rasa. Biar terpendam duka. Derita cinta tidak kesampaian membuat dia terus berusaha melupakan cinta pertama.
Kehidupan gadis berlalu dengan rasa gembira sehingga tiba cinta pandang pertama. Tidak percaya tapi benar dia sudah jatuh buat kali kedua melalui cinta pandang pertama. Cinta pandang pertama yang dianggap berjaya. Bermula salam persahabatan terus membawa ke alam cinta. Setahun lamanya menjalin kasih dan cinta, namun sayang kesetiaan dan kepercayaan yang diberi dibuang begitu sahaja. Sedih berendam air mata duka juga tidak bermakna kerana hati si kekasih yang dicinta sudah gelap dan kabur dengan dunia baru yang tercipta. Tinggallah si gadis menyusuri hidup tanpa arah mencari sinar menerangi kegelapan jiwa.
Kehidupan gadis berlalu dengan begitu derita. Mencari sedikit ruang untuk mencurah rasa. Terhibur dengan kawan-kawan di alam maya. Tempat berkongsi cerita suka dan duka. Mencari ruang-ruang untuk diisi bagi mengosongkan jiwa. Hadir seseorang yang membantu menenangkan jiwa. Tapi sewaktu bahagia tiba si dia melangkah pergi meninggalkan si gadis dengan linangan airmata.
Si gadis terus menyusuri kehidupan suram. Di temani gelak tawa sahabat handai dan keluarga. Peneman setia untuk merawat duka jiwa yang sengsara dan merana. Si gadis terus berusaha membuka hati untuk memberi sedikit ruang buat mereka yang berusaha di luar sana.. Semakin di cuba semakin parah jiwa. Si gadis tidak mahu hatinya kelam dan suram. Lalu dibiarkan semua mengambil kegembiraannya dengan rela. Lalu si gadis mampu untuk kembali mengukir sedikit senyuman buat penenang jiwa.
Dua tahun berlalu, muncul seorang jejaka menambat hati si gadis tapi malang si jejaka sudah berpunya. Si gadis berusaha untuk memulakan salam persahabatan buat si jejaka namun kenangan lalu menghantui jiwa. Tidak mahu si gadis lain menerima nasib yang sama, lalu si gadis memutuskan untuk terus melupakan si jejaka. Selamat tinggal buat kenangan lalu. Maka si gadis bertekad untuk terus mengeringkan air mata dan mula untuk tersenyum gembira.
Tiga tahun mungkin tidak cukup lama namun dia berjaya menguatkan hatinya. Melupakan semua derita dan sentiasa tersenyum gembira. Namun ada yang berani mencuba. Bermain tarik tali dengan si gadis yang ceria. Sekejap muncul meluahkan rasa dan sekejap hilang menyiksakan jiwa. Si gadis terus berusaha menghalang hatinya untuk terus di goda. Menutup segala pintu yang ada agar tidak ada jiwa yang dapat mempermainkan jiwanya. Tapi saat ini si gadis tewas dengan godaan si dia. Ya! dia berjaya mencuri sedikit ruang di hati si gadis yang manja. Nasib menyebelahi si gadis kerana si gadis cepat menyedarinya. Si gadis terasa dia mudah untuk dipermainkan oleh mereka. Ya! mereka, mereka dan mereka di luar sana.
Titisan air mata tidak mampu untuk mengubat garisan-garisan luka di hati si gadis. Persoalan selalu tertancap di minda. Tidak bolehkah si gadis terus hidup ceria dan bahagia tanpa ada yang bertanya kenapa, siapa dan bila. Si gadis sentiasa tersenyum gembira agar tiada siapa nampak apa yang terpendam di jiwa.Tidak mahu mengeruhkan suasana senyuman terus dilempar. Hati dan perasaan si gadis oh tidak perlu dijaga! Setelah sekian lama si gadis memendam rasa akhirnya dia terpaksa meluahkan segalanya kepada Mr B yang tercinta.
Si gadis hanya memerlukan ruang untuk terus hidup gembira di samping yang tersayang. Si gadis hanya memohon untuk hatinya tidak dipermainkan. Si gadis hanya mahu merasakan sedikit kebahagiaan dalam hidupnya. Di saat si gadis bahagia, si gadis tidak mahu sesiapa bertanya tentang kebahagiaan yang dirasainya kerana si gadis telah terseksa jiwa dan raga sekian lamanya dengan menanggung derita.
Si gadis terus berusaha mencari sinar yang bakal menerangi jiwanya.

Hasil Nukilan,
3 comments:
naik turun pengalaman di timba
di ulit dengan asam garam dunia
tidak semua yang manis itu bahagia
dan tidak semua yang pahit itu derita
derita anak kepada dewasa
mengajar erti berdiri di kaki yang setia
suka anak kepada gembira
gembira itu tidak seharusnya cinta
waktu tetap jua berjalan
terbelajar kita dari masa lalu
maka bersiaplah hadapi masa depan
berikanlah yg terbaik menutup kesalahan dulu.
my dear...jangan cedey sgt..setiap yang berlaku ade hikmah..mengajar diri lebih matang dalam perhubungan dan lebih berhati2..memang sukar nak jumpa yang 'special'..yang boleh terima diri kita seadanya..terus bertawakal agar berjumpa de ngan y beriman agar hidup kelak lebih bahagia..sahabatmu ini sentiasa doakan agar dirimu sentiasa diredhai dan mendapat kebahagian hidup duni serta akhirat dalam ape jua keadaan..:)
love u my dear..
Post a Comment