January 3, 2013

~warkah cinderella 112~ !!flash??!!


Dear Mr B that I love the most =)
Assalammualaikum =)
hari ketiga dari 365 hari..
owh sungguh menarik =)
masih lagi sibuk menyiapkan assignment yg perlu dihantar..
terus berusaha membaca nota-nota statistik utk exam pada isnin minggu depan..
Syukur alhamdulillah masih mampu tersenyum =)
flash?? ye flash..sgt sukar utk dibuat jika tiada basic..
terima kasih Ya Allah kerana diberi kekuatan untuk terus belajar =)
terima kasih Ya Allah dengan dugaan yang diberikan, aku belajar sesuatu =)
Tiada apa yang kita akan dapat selagi kita tak diuji..Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya =)



WITH LOVE

January 1, 2013

~warkah cinderella 111~ !!wishlist 1113!!



Dear Mr B dat I love the most..
Assalammualaikum and hello 2013 =)
Masih sempat lagi untuk  berazam sempena tahun baru =)
Wishlist kali ni agak banyak...
Semoga berjaya ye Princess Cinderella =)

Wishlist 2013

1. Semoga disatukan dengan empunya tulang rusuk yang boleh membimbing dan mendekatkan diri ini dengan Cinta DIA Yang Maha Esa. 

2. Semoga disatukan dengan empunya tulang rusuk yang boleh membimbing dan mendekatkan diri ini dengan Cinta DIA Yang Maha Esa.

3. Semoga disatukan dengan empunya tulang rusuk yang boleh membimbing dan mendekatkan diri ini dengan Cinta DIA Yang Maha Esa.

4. Semoga disatukan dengan empunya tulang rusuk yang boleh membimbing dan mendekatkan diri ini dengan Cinta DIA Yang Maha Esa.

5. Semoga disatukan dengan empunya tulang rusuk yang boleh membimbing dan mendekatkan diri ini dengan Cinta DIA Yang Maha Esa.

6. Semoga disatukan dengan empunya tulang rusuk yang boleh membimbing dan mendekatkan diri ini dengan Cinta DIA Yang Maha Esa.

7. Semoga disatukan dengan empunya tulang rusuk yang boleh membimbing dan mendekatkan diri ini dengan Cinta DIA Yang Maha Esa.

8. Semoga diberi kekuatan, semangat dan terus istiqamah memperbaiki diri ini dan mengubah diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah S.W.T.

9. Semoga berjaya membahagiakan babah dan mama yang tercinta.

10. Semoga berjaya menjadi seorang pendidik yang berilmu pengetahuan dan dapat membimbing mereka yang memerlukan.

11. Semoga semua sahabat-sahabat saya yang bujang dan yang menderita kerana cinta dipercepatkan bertemu pasangan yang baik dan mencintai Allah S.W.T.

12. Semoga tahun ini dapat memberi ketenangan, kesabaran yang tinggi, kekuatan hati, kurang titisan air mata, lebih redha, sentiasa bersyukur, ketabahan hati, dipenuhi kasih sayang, dikelilingi oleh kecintaan hati, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang dicari.

13. Semoga 2013 membawa cahaya yang bersinar-sinar dan begemerlapan buat diri, mama babah, ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai..

14. Semoga cita-cita saya menjadi seorang pendidik termakbul dan dapat "hadiah istimewa buat diri sendiri" tahun ni..amin


WITH LOVE

December 30, 2012

~warkah cinderella 110~ !!doa buat jodohku!!

Dear Mr B that I love the most..
This is dedicate special for that special someone with full of hearts!!
This doa is taken from here..Thanks to the writer =)
I'm sharing it just for that special someone..


Aku datang bersujud pada-Mu...
Sucikan hatiku ya Allah, agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku...

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya...
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya...
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku...
Dan usirlah dia dari relung hatiku...
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini...
Dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni....
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat....
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku...
Ya Allah satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya...
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya....
Bantulah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan...
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya...

Ya Allah Maha Pengasih dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu...

Amin Ya Rabb~



WITH LOVE