October 1, 2011

~warkah cinderella 88~ !!permata hati mummy!!


Dear Mr B yg dikasihi..
Dear readers and friends..
Short and simple entry..

30092011
6.42am
baby boy - taufiq
~melihat dunia~
 semoga menjadi seorang anak yang soleh sayang

~taufiq~


~mummy with taufiq~



From left : ummi Tim, ibu Rossa, mamami, mummy, bonda Myra.

Tahniah buat Syamimi dan Yazdaan kerana telah bergelar mama dan papa.
Wishing both of you become a great mama and papa =)
Amin..


P/s: Buat ummi, ibu dan bonda, lepas ni giliran siapa?? =)



September 14, 2011

~warkah cinderella 87~ !!Hati!!


Saya membaca kisah hati di sini lalu tersenyum. Sedikit senyuman dikongsi buat semua dapat menggembirakan hati semua dan banyak bibir-bibir yang akan tersenyum =) Terima kasih buat penulis kerana telah membuatkan saya tersenyum =)

Hati
Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu
menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku
takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga
dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti
barangan lain seperti duit, permata dan
sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan
malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya
bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya
kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana
naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya
terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk
aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak
berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi
pada orang yang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang
yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya
pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh
kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya
pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati
manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu
mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu
terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada
kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin
pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya
lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih
sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk
hati itu kembali indah.


~warkah cinderella 86~ !!ketenangan!!

Dear Mr B..
Kerinduan dan kerajinan untuk menaip sudah tiba =)
Topik malam ni ketenangan. Terlalu sukar untuk didefinisikan.
Setiap hari hati saya mencari-cari definisi ketenangan itu.
Dah lama tak kata "ketenangan itu indah".

Ketenangan itu indah.


Ya! ketenangan itu indah jika tiada gangguan hati. Demi mencari kembali ketenangan yang indah dan menghilangkan gangguan di hati, saya telah memilih untuk menutup sebentar akaun facebook. Sejak kebelakangan ini, banyak perkara-perkara yang tak dijangka berlaku. Setelah sekian lama hidup single tanpa kekasih di hati membuatkan saya rasa agak kekok untuk berbicara soal hati dan lelaki. Ya! saya malu dan saya tak tahu untuk berbicara tentang hati dan perasaan. Hidup saya dikelilingi oleh kawan-kawan perempuan. Tipu jika saya katakan tidak berkawan dengan lelaki. Tetapi untuk berkawan dengan lelaki yang baru dikenali, Ya! saya tersangat malu dan saya tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi. Saya telah cuba membuka hati dan membuangkan sedikit rasa malu untuk menerima kawan-kawan lelaki yang baru, tetapi disebabkan ketidakbiasaan membalas mesej menyebabkan perselisihan faham terjadi. Ya! mungkin benar kata awak, saya seperti tidak selesa untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan dan saya seperti bosan melayan awak-awak semua. Pernah tak awak tanya sebab kenapa saya begitu. Saya sudah sekian lama tak melayan mesej-mesej tak tentu apetah lagi mesej salam perkenalan. Terima kasih atas kata-kata awak tapi inilah diri saya yang sebenar. Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak yang inbox di facebook untuk berkenalan. Saya kurang berminat melainkan untuk berkawan-kawan sahaja. Itu pun saya pilih jika dan hanya jika orang itu bersahabat dengan bff saya sahaja. Mungkin sudah terdetik dihati mama untuk melihat anaknya mempunyai kekasih hati. Tapi anak mama sangat gagal dalam bab hati ni mama. Anak mama sangat berharap mama mendoakan anak mama bertemu dengan lelaki yang terbaik dan jodoh sebenar buat dirinya. Setelah penat menahan rasa hati akhirnya menutup akaun facebook adalah jalan terbaik. Mungkin hanya ber"twitter" dan "blogging" sahaja. Saya masih mencari-cari ketenangan hati itu agar dapat menjalani kehidupan yang indah. Ya! manusia perlu berubah. Pemikiran kita juga berubah secara berperingkat-peringkat maka diri kita juga perlu berubah. Tak perlu secara drastik tapi secara berperingkat-peringkat lebih baik. Mungkin ini jalan terbaik buat masa ini. Biarkan mereka belajar erti rindu, kasih dan sayang sementara saya perlu untuk belajar erti ketenangan. Saya terus-terus mencari ketenangan hati. Saya belajar memaafkan orang, melupakan kenangan pahit dan menyayangi semua yang berada di dalam hidup saya. Mungkin hati saya akan kembali tenang seperti dulu. Tiada riak kerisauan di wajah dan jiwa. Hanya senyuman indah terukir manis di bibir. Tika saat itu tiba, ucapkanlah "saya rindu melihat senyuman awak yang tulus seperti ini" dan saat itu sedikit ketagihan telah diubati..

Saya terbaca tentang kecantikan wanita dan terpanggil untuk berkongsi dengan wanita-wanita di luar sana.


Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya." "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

p/s: saya suka ayat yang terakhir tu.

:: Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada::