March 17, 2018

~WaRkAh cInDeReLLa 138~ !!Mungkin Nanti!!

Hi Mr. B..

Singgah untuk meluah rasa.

Kadang-kadang, ada masa kita sukar untuk meluahkan apa yang terpendam di hati. Hanya air mata sahaja yang mampu mengalir. Untuk mengubat sedikit rasa di hati. Kadang-kadang orang lihat kita senyum gembira umpama tiada masalah di dunia. Namun disebalik senyuman itu tersembunyi beban yang digalas. Untuk aku yang sukar mengatakan tidak dan sukar untuk mengecewakan hati insan tersayang agak sukar untuk aku membuat keputusan. Walaupun hati tak gembira namun di wajah terukir senyuman nan indah. Kelemahan yang aku akui takkan dapat aku perbaiki. Jika aku bebas membuat keputusan tanpa memikirkan kiri dan kanan.

Mungkin suatu hari nanti..

March 3, 2018

~warkah cinderella 137~ !!2018!!

Assalammualaikum and Hi Mr B and to all readers (perasan sangat macam ada orang baca blog kau). Hahaha..

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2018. Di sebabkan kekangan masa yang melampau maka bulan ketiga 2018 berjaya buat saya untuk menulis di ruangan ini. (kenapa ayat macam skema sangat ni???)

Wishlist untuk tahun 2018 hanya ditulis di planner. Tak sempat nak update kat sini. Semoga tahun 2018 ni ditemukan jodoh yang terbaik buat diri ini dan bertambah rezeki hendaknya.

Pada 12.02.2018, saya dah lapor diri di ofis baru di Ara Damansara. Route pergi kerja dah berubah sekarang. No more Cyberjaya.

Dua hari pertama kat ofis baru, bila balik mesti menangis dalam kereta. Sebab?? Rindu dengan routine 3 tahun ulang alik cyber. Dah takde midnight gossiping with cikna and cikta. Dah takde sushiing session dengan mang. Dah takde ulang alik kl-cyberjaya-kl dengan adik. Rindu geng-geng kat ofis lama. Tapi bila dah masuk minggu kedua dan seterusnya, perasaan kembali normal.

Sekarang tengah dalam proses belajar sebab kat ofis baru ni buat kerja berbeza dari ofis lama. Tak tahu lah berapa lama pulak kat sini.

Tahun ni sibuk sangat. Pagi sampai petang kerja then malam sambung tuisyen. Sekarang tengah join jom kurus dengan harapan dapat normal bmi. Tapi perjalanan nak kurus tu jauh lagi.

Kat ofis baru ni, saya dapat rezeki baru iaitu jumpa dengan geng lama di USM. Boleh la lunch sama sebab ofis kami berdekatan. Kira member lama ni pengubat rindu kat officemate lama la.

Hope this time everything will be okay.

K la. Dah ngantuk. Gudnite semua..

July 19, 2017

~warkah cinderella 136~ !!Aidilfitri 2017!!

Assalammualaikum..

Hai Mr B dan semua yg jalan-jalan di sini.. Terima kasih masih jalan-jalan di sini..

Masih belum terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Hari raya bakal berakhir dalam masa 5 hari lagi..

Saya masih sibuk menguruskan hal dunia.. Tak lama lagi nak masuk umur 30 tahun.. Apa perasaan bila masuk 30 tahun??? 🤔🤔🤔🤔🤔

Bila nak masuk umur 30 tahun ni terasa cepat penat.. Sangat penat.. Pagi pergi kerja pastu balik kerja ajar tuisyen lepas tu tidur lepas tu ulang sampai hujung tahun ni...

Bila nak dekat umur 30 tahun ni, otak mula ligat fikir.. Macam-macam fikir.. Bila penat fikir buat apa lagj selain tidur..

Sepanjang tahun ni terasa sangat penat.. Mungkin tak cukup rehat sebab ajar tuisyen dari tahun lepas sampai tahun ni tak berhenti-henti lagi..

Haaa... Merungut buat apa.. Hehehe..
Tapi serius penat.. Tu belum kawen lagi tu.. Kalau dah kawen macam mana agaknya.. Mau pengsan..lol..

Tanpa sedar masa berlari seiring usia.. Rasa 30 tahun tu sekejap sangat..
Macam-macam perasaan bercampur baur.. Penat tu takleh nak kata la.. Setiap hari rasa penat sangat.. Mungkin sebab dah gemuk pastu kurang oksigen tu yang asyik rasa penat dan malas.. Hahahahaha..

Bulan depan dah mula ambil personal trainer nak workout utk kurus sikit dan hilangkan rasa penat badan.. Mungkin banyak angin dalam badan tu yang asyik penat je.. Hehehehe

Rasa nak minta kerja  baru sebab macam tak larat nak ulang alik Cyberjaya..😂😂😂😂😂 Tapi apa kan daya.. Belum siap update resume lagi.. Bos saya dah nak berhenti kerja 31/7 ni.. Lepas ni dpt bos baru.. Tak tahu la apa yg bakal berlaku..

Konon-konon nk singgah kejap je kt blog ni, sekali membebel panjang pulak.. Hahahahaha.. K la mata mengantuk sangat ni.. Merapu2 menaip jadinya nanti..

K la.. Stay tune to next episode.. 😍😍😍

Wirh love,

Dealove Shafrina

April 30, 2017

~warkah cinderella 135~ !!April 2017!!

Dear Mr B that I love the most..

It's been a while I didn't pass by written anything here..

It's not to late to welcome 2017 since we are in April..

Hola twenty seventeen!!

I'm sorry leaving this blog without new update as I'm too busy with my life..

I have really pack schedule throughout  the year..

Yes, I'm still a single lady with a beautiful heart.. Hahahaha

So many things happened in my life but sorry again because I don't have enough time to write it here..

Just a simple wish for 2017..

Hoping that everything happen in my life this year is wonderful..

If I have a free time I will write about my holiday in Perth on 4th March 2017..

Please pray for me to be a hardworking girl so that I've time to write here always..

If you miss me then you can email "I miss you" at dealoveshafrina@gmail.com..

Hahahahahahaha

Perasan sungguh macam ada orang baca blog dia.. K la.. Till next update.. Muah..

Assalammualaikum..

With Love
Dealove Shafrina

December 1, 2016

~warkah cinderella 134~!!December!!

Assalammualaikum..

Hello December..
Hello Mr B..

Malam ni macam sedih sangat-sangat..
Kenapa ntah..
Lepastu mula fikir macam-macam..
Hahahahahahahaha..

November 2016 melakarkan satu sejarah baru dalam hidup aku.. Selepas 29 tahun penantian, akhirnya aku kena jua chicken pox.. Terima kasih mama dan babah yang menjaga aku bagai menatang minyak yg penuh.. Terasa sgt disayangi.. Terima kasih jua buat penyakit chicken pox yg telah berjaya membuatkan aku berehat panjang selama 2 minggu.. Hilang penat lelah bekerja bertahun-tahun.. Hahahahahaha

Malam ni tiba-tiba terkenang kisah cinta masa lalu.. Kenapa setiap percintaan aku gagal?? Malam ni aku dapat jawapannya walaupun kazen aku yg cantik pernah bg tahu aku jawapannya..

Apa jawapannya???

Aku tiada rasa untuk berebut.. Ye BEREBUT!!

Orang yg aku cinta tinggalkan aku dan aku hanya melihat dia pergi.. Aku tiada usaha untuk rebut kembali.. Kenapa?? Kenapa Ayu??

Sebab...

Sebab...

Sebab...

Aku ada satu kepercayaan di mana jika orang yg aku cintai itu mencintai aku dia takkan buat aku berebut dgn org lain..

Tapi aku lupa yg manusia ini hati dan perasaannya boleh berubah.. Sungguh naif kau ayu... Dan aku ada perasaan tak sanggup untuk merampas apa yg telah dirampas dari aku..

Ye..aku tak suka berebut..

Sebab...

Sebab...

Sebab...

Mama dan babah ajar aku dari kecil untuk mengalah dengan adik aku sebab aku seorang kakak..

Aku kena beralah dalam banyak perkara..

Aku tak pandai berebut sebab aku lebih diajar untuk memberi..

Maka Allah hantar seseorang yg memberi tunjuk ajar untuk merebut orang yg kau cintai.. Kau kena rebut untuk dapat apa yg kau sayang.. Betapa agresifnya dia untuk mendapatkan orang yg dia cinta.. Malam ini baru aku menyedari hikmah yg berlaku setahun yg lepas..

Kini tekanan kian terasa apabila bahang 30 tahun semakin menghampiri..

Ya Allah permudahkan segala urusan ku Ya Allah...

DealoveShafrina

November 4, 2016

~warkah cinderella 133~!!N.O.V.E.M.B.E.R!!

Assalammualaikum and hello to my beloved Mr B and all readers.. (pergh macam ada je orang nak baca blog cinderella nih)..

Harini rasa nak tulis dengan tulisan senget.. Saja mengada nak orang membaca senget ke kanan.. Hahahahahaha...

Saja singgah blog sendiri.. Blog sendiri??.. Perghhh 2016 hanya ada dua pos saje?? Biar betul???

Mata tak boleh pejam, maka singgah sini merapu jap.. Bila menaip rasa mengantuk pulak.. Hahahahahaha

Ada ke yang rindu kat saya?? Kalau rindu call la saya.. Boleh pm untuk dapatkan nombor... Hahahahhaa..mengarut ape ntah cik cinderella niii...

Nak cerita sikit kenangan pahit manis di bulan October, walaupun tajuk November.. Hahahahahahaha..

13hb Sepuluh 2016, Khamis

Saya sakit tapi tetap pergi kerja. Hari jumaat flat dan terus mohon mc. Hari sabtu sempat tolong abg min pindah barang sebelum demam panas.. Cek kat doktor sy ada penyakit kencing kotor.. Doktor suggest pergi hospital amek darah..
Bila result darah keluar doktor cakap jangkitan kuman dalam darah.. Bertuahnya sy sebab xkena warded.. Carry forward mc sampai hari rabu..Dan yang menyedihkan sangat adalah tak dapat pergi dinner company..(sy redha)

Berita gembira nak bg tahu ialah lepas baik  sikit terus fly ke sabah jalan-jalan makan angin sampai kembung...hahahahaha

Perghh seronok walaupun tak sempat pergi poring sebab hari hujan.. Kalini banyak melawat tempat-tempat yg kami tak sempat pergi dulu..

Tak sabar nak bercuti bulan 3 nanti..
Wooohhooo...

K la..kalau rindu boleh missed call..

Nak tidur... good night kesayangan..

Babai....


Dealove Shafrina

July 16, 2016

~warkah cinderella 132~ !!July!!

Assalammualaikum and hello kesayangan..

Second post for this year. Yeay!!! (Lompat-lompat happy)

Just passing by to wish SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..

I'm sorry can't drop by here as i'm too busy with my life (mengejar dunia)..
Astagfirullahalazim..
Sekarang ni terasa pula sibuk mengejar dunia.. Ya Allah ampun kan aku jika terlalai dan terleka..

Moga yang akan tiba baik-baik saja..
More wishes and plans..
Soon to be execute..
Moga-moga berjaya hendaknya..amin..

Yeay!! my 'baby n honey' is one year old.. Be bold and beautiful baby..

Alhamdulillah ya Allah atas setiap rezeki dan kurniamu..

Moga dipercepatkan hajat yg satu itu..

Untuk Mr B i just wanna say I love you!

Bye!

                                       Dealove Shafrina

April 21, 2016

~Warkah Cinderella 131~!! Wishlist!!

Hello Mr B..

Happy new year.. Hahahahahaahaha..
Since today is April 20th, I just passing by to say hello to you.. It's already 4 months in 2016.. How time flies so fast.. I'm sorry because I'm too busy to handle mylife.. Still single lady with beautiful heart that waiting for his Prince charming to come..

Finally this year I've decided to get married.. When?? Hahahahahaahaha..
The answer is 2017.. (hoping that Prince charming comes as fast as he can) lol... Let's pray together for the best of 2016..

Mr B that I love the most,

I think that I started to fall in love again last month.. With whom?? Of course with him.. Lol.. The one that really appreciate eventhough the small things and has really sweet voice.. Hahahahaha.. Angau dah aku!

Btw, I just enjoying myself at the age of late twenties.. Being single is not a crime right?? Btw, it's hard for someone that as loyal as me to fall in love again.. I try to fall once but it seems that guy don't like me.. Lol.. Life is to short to feel sad.. I just pray the best for mylife this year..

Yes! Finally I wrote something in 2016.. Hoping more stories to be share later..

Wishlist 2016

1) Meet and plan marriage event with future husband.
2) Buy house (loan bank jugak).
3) 150g gold??
4) Kurus dengan jayanya!

All d best ayu!

With Love,
dealoveshafrina

November 22, 2015

~Warkah Cinderella 130~ !!crying alone!!

When you need someone to talk to, but there's no one.

Eventhough you have a lot of contact in your phone, but useless.

Living in this world alone is better than having thousands friends.

Currently, I just want to be alone!

October 15, 2015

~Warkah Cinderella 129~!!mimpi dan mimpi!!

Assalammualaikum and hai to all readers.

Ke hadapan Mr B yg dikasihi,

Alhamdulillah bertemu jua kita dgn bulan October 2015. Sempena tahun baru Hijrah ni nak bercerita tentang mimpi. Sejak dari tahun 2012, aku selalu bermimpi tentang ULAR. Aku selalu membaca tafsir mimpi berkenaan ular. Melalui pembacaan ada perkara yg baik dan buruk mengenai mimpi ular. Di dalam setiap mimpi berkenaan ular, aku pasti akan berusaha berlari untuk meloloskan diri dgn bersungguh-sungguh. Aku pernah bermimpi dikejar ular yg sgt besar, dikejar dan diperhati oleh beberapa ekor ular, diselamatkan oleh seorang jejaka daripada ular yg sgt byk, bermimpi ular dan buaya makan orang dan semalam aku bermimpi ular tedung hitam mematuk beberapa ekor kucing lalu kucing itu mati dan ular itu berjaya dijinakkan oleh abang aku. Abang aku siap cium ular tu dan suruh aku pegang. Aku seperti biasa lari membawa diri. Aku ada membaca tafsir mimpi mengenai ular yg membawa maksud baik dan buruk. Jika nak tahu maksud boleh Google sendiri. Terpulang pd diri masing-masing utk percaya atau tidak. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah utk melindungi aku dari segala kejahatan yg ada di dunia ini.

Mimpi dipatuk ular bukan bermaksud anda bakal dipinang tetapi bermaksud *okay Google sendiri*. Walau apa pun nasihat utk diri sendiri, jangan biarkan hati menjadi hitam dan kelam sbb akan ada bisikan hati yg menyuruh berbuat kejahatan. Hiasilah hati dengan cahaya dan kebaikan.

Sempena tahun Hijrah, aku perlu berhijrah 360 darjah! Mulakan tahun baru dengan azam baru dan semangat baru. Semoga terus kuat, bahagia dan kaya!

Sempena tahun Hijrah ni juga, aku ingin berhijrah status. In Sha Allah dipermudahkan urusan dalam pencarian jodoh. Moga yg baik-baik akan tiba suatu hari nanti. Amin

September 7, 2015

~Warkah Cinderella 128~!!September 2015!!

Assalammualaikum and hye to all readers..

Hello Mr B that I love the most..
It's been a long long long time I didn't write anything here.. I'm the busiest Lady with a beautiful hearts.. Eceh!

Last month was my born month.. August lalalalalalala.. Alhamdulillah, Allah gives me unexpected gifts.. Wish granted! Thank you Allah..

Eventhough so many hard times i've been thru, Alhamdulillah Allah still gives me chances to be who I am today.. I feel grateful to have loveable and supportive  parents in the world..

Until today, me myself and I just happy being me.. Being fall in love with my ownself makes me feel happy and great day by day.. I become so loveable and enjoying myself alot!

This month, I met Mr Clash after 6 years we didn't meet each other (as mentioned by him).. It's good to see u again.. Nothing to say just all d best in whatever you're doing..

My student will take UPSR tomorrow and all d best to u! I know u can do it!

Currently I just want to have enough rest as I can.. Too tired to handle all the events that come into my life..

As happy as Cinderella, I just wish the Prince will come as faster as he can and Cinderella can go to school again!!

May 5, 2015

~warkah cinderella 127~ !! Ai Shi Te Ru Ni!!

Ai Shi Te Ru

Si gadis mengimbau kembali kenangan bersama si jejaka. Suatu hari, si jejaka memberitahu si gadis bahawa dia berkenalan dengan seorang wanita yang kesedihan kehilangan tunangannya. Si gadis sempat berkata kepada si jejaka "mula-mula kawan, nanti lama-lama kahwin!". Si jejaka menyambut dengan gelak ketawa. Persahabatan jarak jauh tetap diteruskan. Sehingga suatu hari si jejaka berkata "saya dah ada girlfriend, jangan mesej saya nanti girlfriend saya marah". Hancur lebur perasaan si gadis. Perkenalan yang menginjak masuk ke usia 3 tahun hanya sia-sia belaka. Si gadis menyepi membawa diri yang lara. Kehidupan diteruskan untuk bangkit mencari kekuatan. Mencari di mana silapnya perhubungan di antara si gadis dan jejaka. Sampai suatu hari, si gadis tiba-tiba teringat akan si jejaka lalu menghantar mesej kepada si jejaka. "Assalammualaikum, kau apa khabar?". Lalu di balas oleh si jejaka "waalaikummussalam, saya sihat. awak?". Lalu si gadis membalas "aku alhamdulillah sihat". Tiba-tiba si jejaka menghantar mesej "Ayu, I love you. Jom Kawen!". Si gadis membaca mesej tersebut dengan penuh tanda tanya. Mesej itu dipandang sepi tanpa di balas. Sepanjang perkenalan selama 3 tahun itu, membuat si gadis mengenali sepenuhnya perangai si jejaka. Si gadis terdetik di hati, ini bukan si jejaka yang menghantar mesej tersebut. Setelah beberapa hari, whatsapp si gadis telah di 'blocked' oleh si jejaka. Si gadis terbuka hati untuk membalas mesej si jejaka. "Setelah apa yang berlaku selama ini, aku mohon maaf kat kau. Tak mungkin untuk aku berkahwin dengan kau. Aku doakan kau bahagia dengan pilihan hati kau". Setelah menghantar mesej tersebut, tiba-tiba si gadis dapat mesej di LINE. Seorang wanita menghantar mesej dan berkata "what is your relationship with M****** A**** actually?". Puas si gadis membaca dengan nada manja namun masih tidak berjaya. Namun digagahkan jua untuk membalas mesej tersebut "What's your relationship with him?". Wanita itu membalas "aku tanya kat kau, kau tanya balik kat aku". Si gadis menjawab " kalau macam tu awak tanya la kat dia". Si wanita itu membalas " korang berdua sama je, bila tanya suruh tanya sendiri, bila tanya taknak mengaku. Dua-dua aku tak percaya tapi paling aku tak percaya kat kau la". Si gadis tetap membaca dengan nada yang baik. Oh! wanita ni sedang marah. Mungkin sebab aku mesej si jejaka tersebut. Lalu si gadis menjawab "Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan dia?". Si wanita tersebut menjawab " Kami dah bertunang hari raya yang lalu. Apa hubungan awak dengan dia?". Si gadis beristigfar. Si gadis tidak tahu bahawa si jejaka telah bertunang memandangkan si jejaka tetap tidak mengaku dan melayan si gadis dengan baik. Perbualan diteruskan dengan si wanita tersebut. Si gadis tetap bersabar di atas setiap tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan. Si gadis memohon maaf untuk tidak mengeruhkan lagi suasana. Si gadis sempat berkata "saya mohon maaf sebab saya tak tahu si jejaka dah bertunang. Mulai hari ini saya janji saya tak akan ganggu hubungan awak berdua. Mulai hari ini juga saya dah tak kenal siapa dia M****** A**** tu. Saya doakan awak berdua bahagia selamanya dan selamat pengantin baru in advance. Whatever happened after this, please jangan cari saya lagi. Saya tiada kena mengena dalam relationship awak berdua. Assalammualaikum". Si gadis berasa sangat sedih dan kecewa. Setelah mendapat berita sebenar, si gadis menangis berhari-hari untuk mencari kekuatan. Ya, sayalah gadis perampas itu. Saya dan dia berkenalan selama 3 tahun dan awak berkenalan selama setahun dan saya gadis perampas itu. Terima kasih untuk pengalaman ini. Setelah beberapa bulan mencari kekuatan, Si gadis mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. Si gadis menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti agar mampu untuk melupakan setiap derita yang dirasa. Kini, si gadis mampu berdiri sendiri namun belum mampu untuk membuka hati buat sesiapa. Si gadis terus memandang kehadapan. Luka semalam terus diubati tanpa dendam. Suatu hari, sahabat si gadis menghantar sekeping gambar di whatsapp. "Beb. u know about this?". Si gadis melihat gambar tersebut. Si gadis mampu tersenyum melihat gambar perkahwinan si jejaka dan si wanita tersebut. Semoga berbahagia selamanya buat kamu berdua. Allah adalah perancang yang maha hebat. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Si gadis redha dan yakin ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Moga yang terbaik buat si gadis bakal tiba tidak lama lagi. Si gadis terus tersenyum. Sebahagian hati si gadis bersama si jejaka. Oh! Ai Shi Te Ru. Namun si gadis percaya akan muncul sebahagian  hati yang mampu membahagiakan si gadis. Si gadis terus menunggu. Namun kebahagiaan sebenar yang sentiasa di depan mata sentiasa di hargai dengan sepenuh jiwa. Bahagia bila bersama ibu dan ayah tercinta. Si gadis terus tersenyum dan melangkah. Ya! hari itu akan tiba. Tidak lama lagi.

Ai Shi Te Ru!

Bersambung~


April 9, 2015

~warkah cinderella 126~ !!Page 100 of 2015!!

Assalammualaikum and hye to all reader.

Dear Mr B that I love the most. It's been a long time I didn't write anything here. Just passing by to update what had happened to my life these few month. Started 2015 with jobless and no way to go. Lost in a journey of life. Luckily I have Allah to ask for everything. Thank you Allah for what had happened to my life these few months. It was a good lesson in my life where I can't even get from school or university.

On 22nd of Feb, yueyue text me and asked either I have friends who is looking for job. Because I really missed yueyue so I volunteered myself to go for interview with her. The next day with happy feelings to meet yueyue, we went for interview together. The questions were really hard but I just being myself, I'm so lucky when they decided to hire me. Thank you to both of you.
I started working on 9th March 2015 and today already 1 month i'm working there. *clapclap* congratulations ayu!!

Currently I'm no longer jobless but still single like before. My aunt and uncle suddenly want to be a match maker for me. Keep on asking whether I'm interested or not. And until today I didn't give the answer. Thank you Allah for everything. Good things keep on coming. Syukur Alhamdulillah. I'm happy with my life.

WISH TO HAVE A GOOD HUSBAND AND CONTINUE PHD!
All the best Ayu!


January 19, 2015

~warkah cinderella 125~!!Page 19 of 2015!!

Dear Mr B and all readers..
Assalamualaikum and hola..

Day 19.. January 2015

My bestfriend getting married on 18012015.. Congratulations to ros and man! For the first time being a bridesmaid and everything went well eventhough I forgot to bring a tissue.. I mean for the first time standing on a stage and makes me wanna cry..hahaha.. Meeting old friends and remind of old memories makes me happy.. The most famous question yesterday was "when you're getting married?".. It makes me blush!

To be true, at the age of soon to be 28 I still don't have boyfriend.. Yes! Single lady with a beautiful heart!! Hahaha.. There's a lot of people want to be a matchmaker.. But.. It's all about my heart.. I don't know either.. Maybe after this when people try to do this matchmaking process, getting bored and will said yes.. (terpaksa?)

I just don't really know what I want.. Everything that I want it's hard to get..
And I don't have courage to wish what I want anymore.. I just let it go and wish everything goods keep on coming..

19 days in January got a bad news.. Being rejected by the universities to further study makes me lose hope.. Being rejected to be part of Mara teachers also makes me feel sad!

I don't really know, what's God planning for me.. Being strong is the daily supplement that I really need.. If you ask me today what I want, I just don't know..

I can't think anything.. Phd? getting married? stable job? And pressure by others makes me want to go somewhere where I can stand with my on feet..

I'm trying hard in my own way! Please don't pressure me.. I'm hurt inside.. And keep on thinking to run away..far far away to live my own life!

And the 2015 just begin......

December 14, 2014

~warkah cinderella 124~ !!December 2014!!

Assalammualaikum and hye Mr B..
It's been a while since my last post..
At the end of the year i'm jobless..
Don't know which path should I take..
Don't know either where should I go, left or right..
I lost in my journey of life..
And it is December 2014..

Lately, so many things happened in my life.. I just don't know and keep on moving.. Everything is missing in my life.. Career?? Relationship?? But I am blessed that I have the best parents in the world.. They went for umrah almost 2 weeks and I learned how important they are in my life.. How I really missed my mom and my dad..How I need to be strong being alone in my own house.. And I had fever because I really missed my parents..
And it is December 2014..

A few days, I keep dreaming about a guy that always be by my side and unfortunately I don't really know him.. He is lovable and always protect me from dangers..and still can't recognised him till today.. I can't see his face.. But I know he is everywhere whenever I need him..
And it is December 2014..

September 1, 2014

~warkahcinderella 123~ !! September 2014!!

Assalammualaikum and hye Mr B..
It's first September 2014..
It's not late to wish Happy Merdeka to all Malaysian and happy holidays too..
To all silent readers, hopefully you enjoy reading here..

Currently, i'm fighting with my innerself to be strong 💪 like MaleK Noor.. Yeah, i'm not really genius like Einstein but i'm a kind of hardworking person to finish whatever I have started..

Please pray for me to have a great job and a great husband..Currently i'm in the middle of forgetting someone.. Not as hard as the first one.. Maybe next year will be settle for everything..

I'm hoping that everyone who is reading 📖 my blog will pray for a great things will happened in my life..

Last but not least, thanks for your time to read my blog.. May Allah ease our journey here and the hereafter..And lastly, I Love you So much..



March 10, 2014

~warkah cinderella 122~ !! noktah cinta!!

Penang 2007 & Kenangan 2014..
Mata bertentang mata buat pertama kalinya
Dua hati bertaut menjadi satu
Kau kata cinta lalu berjanji setia
Angan-angan indah terus dibina
Satu saat tak pernah hilang kata cinta
Hanya lena pemisah kata
Ingatkan panas hingga ke petang
Rupanya gerimis di tengah hari
Setahun cuma berkasih sayang
Engkau pergi menghilang diri
Puas sudah aku mencari namun gagal kutemui
Aku setia terus mencari
Tetap teguh kasih di hati
Satu saat kau kutemui
Rupanya hati kau telah dicuri
Aku merayu tangis tiada henti
Kau memerhati tanpa rasa di hati
Kau keliru membuat pilihan
Kekasih yang setia atau penghibur jiwa
Janji yang dibuat tiada makna
Kau berbahagia aku berendam airmata
Kasih diberi sepenuh hati
Yang pertama beraja di hati
Empat tahun aku menyendiri
Menyembuhkan luka di hati
Kau yang pertama kau yang teristimewa
Sangat sukar untuk dilupa 
Empat tahun berendam airmata
Sampai suatu ketika aku berjaya membuang semua rasa
Semua kenangan cinta kita di Pulau sana
Tidak kusimpan walau secebis cuma
Aku cuba bangun setelah sekian lama jatuh
Puas ku cuba berdiri dengan doa yang tiada henti
Dengan izinNYA kini aku mampu berlari
Namun pada hari ini
Ya hari ini, kau kembali ke Pulau sana
Dengan bangga kau berkata kau terkenang cinta lama
Cinta yang kau buang tanpa rasa
Cinta yang tiada makna hanya dengan kehadiran cinta ketiga
Cinta itu telah hilang bersama desiran ombak ditepian pantai
Aku mahu kau tahu
Cinta tujuh tahun yang lalu bukan cinta untuk hari ini
Usah dikenang pada barang yang kau telah campakkan
Jika kau bisa menghargai setiap rasa cinta yang setia
Kita mungkin telah berbahagia
Namun aku pada hari ini bukan lagi Engkau yang punya


February 27, 2014

~warkah cinderella 121~ !!untuk satu saat yang indah!!

Di kala malam sunyi
Hatiku meronta-ronta mahu melihat wajahmu
Perasaan sayang yang tersemat di kalbu
Kian pudar seiring waktu
Kau menyuruh aku pergi di kala hati tetap merindu
Bingkisan senyummu setia dibayanganku
Hati terus terseksa menusuk ke kalbu
Titis-titis air mata menjadi sahabat sejati
Perasaan suka dan duka silih berganti
Kau datang dan pergi sesuka hati
Kini aku terus membawa diri
Biarpun kaki melangkah lemah
Jiwa hilang arah
Hati gundah fikiran bertelagah
Betulkah? Salahkah?
Kau dah berubah
Untuk satu saat yang indah
Kini semua musnah
Kau berpaling arah aku tidak kau endah

Wahai hati yang tabah
Kembalilah mencari arah
Hilangkan rasa gundah
Warnakan hatimu merah
Terang bersinar tiada amarah
Agar kau merasakan langit yang tak selalu cerah
Bisa menghadiahkan kau pelangi indah
Bait-bait duka kian berganti
Senyuman indah terus menghiasi
Tanda diri ini semakin kuat untuk terus berlari
Mengharungi dugaan yang sedia menanti
Namun aku tetap mengerti
Bahawa Qada' dan Qadar' ketentuan Ilahi
Redha dengan setiap pinjaman yang diberi
Setiap nafas yang tiada ganti
Setiap saat yang terus berlari
Aku pasti bahagia tetap menanti
Bila DIA mengizinkan suatu hari nanti























February 15, 2014

~warkah cinderella 120~ !! sebutir bintang bersinar !!


Di sudut itu

Duduk seorang gadis
Mendongak ke Langit
Melihat kerdipan bintang-bintang
Sungguh indah begemerlapan cahayanya
Namun matanya tertancap pada sebutir bintang yang sungguh indah di pandangan
Ku mahu menggapaimu di sana
Namun apa daya Ku
Aku hanya mampu memandang
Aku hanya mampu memandang
Aku hanya mampu memandang
Aku tidak mampu menggapai mu di sana
Sampai bila Ya Sampai bila
Sampai bila Aku harus menanti
Sampai bila Aku perlu duduk di sudut itu 
Aku tidak mampu untuk terus menanti
Bumi terus berputar
Kau semakin menghilang

Namun Aku harus akui
Kau adalah sebutir bintang yang terus bersinar
Bukan sekadar di atas sana 
Namun tetap indah di mata ini


February 10, 2014

~warkah cinderella 119~ !!Di Bawah Paras Ketenangan!!


Seorang gadis duduk disebalik pintu
Terlena dibawa arus kehidupan
Dikala mentari bersinar
Senyum tawa menjadi sahabat
Tatkala bulan bersinar 
Berteman gerimis malam

Mimpi indah muncul dikala hatinya selesa
Salam persahabatan dihulur
Disambut mesra untuk mencuba

Air tak selalu tenang
Dikala arus yang deras menduga
Mencari tali untuk berpaut
Saat disuruh melepaskan 
Terus hanyut dibawa arus

Kiri dan kanan
Gagah jua ditempuh
Tenggelam dan timbul
Udara yang dipinta
Mengharap tempat untuk berpaut 
Tapi dimanakan berjumpa

Tali diberi dipandang sepi
Arus yang deras terus dihanyut
Dihati terus berdoa
Agar masih ada lagi harapan

Mengharapkan tangan yang menggapai
Agar tak lagi 
Di bawah paras ketenangan