March 17, 2018

~WaRkAh cInDeReLLa 138~ !!Mungkin Nanti!!

Hi Mr. B..

Singgah untuk meluah rasa.

Kadang-kadang, ada masa kita sukar untuk meluahkan apa yang terpendam di hati. Hanya air mata sahaja yang mampu mengalir. Untuk mengubat sedikit rasa di hati. Kadang-kadang orang lihat kita senyum gembira umpama tiada masalah di dunia. Namun disebalik senyuman itu tersembunyi beban yang digalas. Untuk aku yang sukar mengatakan tidak dan sukar untuk mengecewakan hati insan tersayang agak sukar untuk aku membuat keputusan. Walaupun hati tak gembira namun di wajah terukir senyuman nan indah. Kelemahan yang aku akui takkan dapat aku perbaiki. Jika aku bebas membuat keputusan tanpa memikirkan kiri dan kanan.

Mungkin suatu hari nanti..

March 3, 2018

~warkah cinderella 137~ !!2018!!

Assalammualaikum and Hi Mr B and to all readers (perasan sangat macam ada orang baca blog kau). Hahaha..

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2018. Di sebabkan kekangan masa yang melampau maka bulan ketiga 2018 berjaya buat saya untuk menulis di ruangan ini. (kenapa ayat macam skema sangat ni???)

Wishlist untuk tahun 2018 hanya ditulis di planner. Tak sempat nak update kat sini. Semoga tahun 2018 ni ditemukan jodoh yang terbaik buat diri ini dan bertambah rezeki hendaknya.

Pada 12.02.2018, saya dah lapor diri di ofis baru di Ara Damansara. Route pergi kerja dah berubah sekarang. No more Cyberjaya.

Dua hari pertama kat ofis baru, bila balik mesti menangis dalam kereta. Sebab?? Rindu dengan routine 3 tahun ulang alik cyber. Dah takde midnight gossiping with cikna and cikta. Dah takde sushiing session dengan mang. Dah takde ulang alik kl-cyberjaya-kl dengan adik. Rindu geng-geng kat ofis lama. Tapi bila dah masuk minggu kedua dan seterusnya, perasaan kembali normal.

Sekarang tengah dalam proses belajar sebab kat ofis baru ni buat kerja berbeza dari ofis lama. Tak tahu lah berapa lama pulak kat sini.

Tahun ni sibuk sangat. Pagi sampai petang kerja then malam sambung tuisyen. Sekarang tengah join jom kurus dengan harapan dapat normal bmi. Tapi perjalanan nak kurus tu jauh lagi.

Kat ofis baru ni, saya dapat rezeki baru iaitu jumpa dengan geng lama di USM. Boleh la lunch sama sebab ofis kami berdekatan. Kira member lama ni pengubat rindu kat officemate lama la.

Hope this time everything will be okay.

K la. Dah ngantuk. Gudnite semua..

July 19, 2017

~warkah cinderella 136~ !!Aidilfitri 2017!!

Assalammualaikum..

Hai Mr B dan semua yg jalan-jalan di sini.. Terima kasih masih jalan-jalan di sini..

Masih belum terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Hari raya bakal berakhir dalam masa 5 hari lagi..

Saya masih sibuk menguruskan hal dunia.. Tak lama lagi nak masuk umur 30 tahun.. Apa perasaan bila masuk 30 tahun??? 🤔🤔🤔🤔🤔

Bila nak masuk umur 30 tahun ni terasa cepat penat.. Sangat penat.. Pagi pergi kerja pastu balik kerja ajar tuisyen lepas tu tidur lepas tu ulang sampai hujung tahun ni...

Bila nak dekat umur 30 tahun ni, otak mula ligat fikir.. Macam-macam fikir.. Bila penat fikir buat apa lagj selain tidur..

Sepanjang tahun ni terasa sangat penat.. Mungkin tak cukup rehat sebab ajar tuisyen dari tahun lepas sampai tahun ni tak berhenti-henti lagi..

Haaa... Merungut buat apa.. Hehehe..
Tapi serius penat.. Tu belum kawen lagi tu.. Kalau dah kawen macam mana agaknya.. Mau pengsan..lol..

Tanpa sedar masa berlari seiring usia.. Rasa 30 tahun tu sekejap sangat..
Macam-macam perasaan bercampur baur.. Penat tu takleh nak kata la.. Setiap hari rasa penat sangat.. Mungkin sebab dah gemuk pastu kurang oksigen tu yang asyik rasa penat dan malas.. Hahahahaha..

Bulan depan dah mula ambil personal trainer nak workout utk kurus sikit dan hilangkan rasa penat badan.. Mungkin banyak angin dalam badan tu yang asyik penat je.. Hehehehe

Rasa nak minta kerja  baru sebab macam tak larat nak ulang alik Cyberjaya..😂😂😂😂😂 Tapi apa kan daya.. Belum siap update resume lagi.. Bos saya dah nak berhenti kerja 31/7 ni.. Lepas ni dpt bos baru.. Tak tahu la apa yg bakal berlaku..

Konon-konon nk singgah kejap je kt blog ni, sekali membebel panjang pulak.. Hahahahaha.. K la mata mengantuk sangat ni.. Merapu2 menaip jadinya nanti..

K la.. Stay tune to next episode.. 😍😍😍

Wirh love,

Dealove Shafrina