March 10, 2014

~warkah cinderella 122~ !! noktah cinta!!

Penang 2007 & Kenangan 2014..
Mata bertentang mata buat pertama kalinya
Dua hati bertaut menjadi satu
Kau kata cinta lalu berjanji setia
Angan-angan indah terus dibina
Satu saat tak pernah hilang kata cinta
Hanya lena pemisah kata
Ingatkan panas hingga ke petang
Rupanya gerimis di tengah hari
Setahun cuma berkasih sayang
Engkau pergi menghilang diri
Puas sudah aku mencari namun gagal kutemui
Aku setia terus mencari
Tetap teguh kasih di hati
Satu saat kau kutemui
Rupanya hati kau telah dicuri
Aku merayu tangis tiada henti
Kau memerhati tanpa rasa di hati
Kau keliru membuat pilihan
Kekasih yang setia atau penghibur jiwa
Janji yang dibuat tiada makna
Kau berbahagia aku berendam airmata
Kasih diberi sepenuh hati
Yang pertama beraja di hati
Empat tahun aku menyendiri
Menyembuhkan luka di hati
Kau yang pertama kau yang teristimewa
Sangat sukar untuk dilupa 
Empat tahun berendam airmata
Sampai suatu ketika aku berjaya membuang semua rasa
Semua kenangan cinta kita di Pulau sana
Tidak kusimpan walau secebis cuma
Aku cuba bangun setelah sekian lama jatuh
Puas ku cuba berdiri dengan doa yang tiada henti
Dengan izinNYA kini aku mampu berlari
Namun pada hari ini
Ya hari ini, kau kembali ke Pulau sana
Dengan bangga kau berkata kau terkenang cinta lama
Cinta yang kau buang tanpa rasa
Cinta yang tiada makna hanya dengan kehadiran cinta ketiga
Cinta itu telah hilang bersama desiran ombak ditepian pantai
Aku mahu kau tahu
Cinta tujuh tahun yang lalu bukan cinta untuk hari ini
Usah dikenang pada barang yang kau telah campakkan
Jika kau bisa menghargai setiap rasa cinta yang setia
Kita mungkin telah berbahagia
Namun aku pada hari ini bukan lagi Engkau yang punya